Dalam satu kenyataan sebentar tadi, Kementerian Kewangan mengumumkan harga mingguan baharu petrol dan diesel berdasarkan penetapan Mekanisma Harga Automatik (APM). Harga runcit mingguan baharu petrol RON95 dan RON97 masing-masing akan naik 4 sen seliter, manakala harga diesel pula kekal.
Harga runcit mingguan baharu ini akan berkuat kuasa dari 09/02/2019 hingga 15/02/2019. Kenaikan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia telah menunjukkan trend peningkatan berbanding minggu sebelumnya.
JOM BACA >> INTIP : Papan pemuka Proton Iriz MC2 berjaya dirakam
Berikut adalah harga runcit mingguan baharu petrol dan diesel mulai 09/02/2019 hingga 15/02/2019:
- RON95 : RM1.97 seliter (naik 4 sen dari RM1.93)
- RON97 : RM2.27 seliter (naik 4 sen dari RM2.23)
- Diesel : RM2.18 seliter (kekal)
JOM BACA >> PANAS : Ruang dalaman Proton Iriz MC2 diperlihatkan semasa sesi pandu uji Tun Dr Mahathir
KLIK UNTUK BESARKAN
Masa turun puji kerajaan. Ni masa naik 4 sen kenapa tak marah kerajaan? Dulu harga turun, sekarang dah naik. Tomato saja turun. Telur turun 2 sen. Teh tarik naik 4 sen..