ARKIB

KATEGORI

Buletin

KIA Sportage facelift 2020 buat kemunculan di Chicago Auto Show

Berita Global

Views

Sempena Chicago Auto Show 2019, KIA memperkenalkan versi facelift Sportage 2020 yang tampil dengan gaya yang lebih segar. Crossover kompak yang popular itu kini didatangkan dengan bampar depan dan belakang rekaan baharu, selain sedikit perubahan pada lampu hadapan yang kini dilengkapi dengan lampu signal LED, lampu kabus projektor, kemasan lampu belakang baharu dan banyak lagi.

KIA turut menawarkan lampu hadapan LED baharu dengan lampu kabus LED sebagai pilihan. Selain itu varian pertengahan S Trim baharu dengan elemen rekaan luaran dan dalaman yang lebih sporty turut ditawarkan sebagai pilihan kepada varian sedia ada LX, EX dan SX sama ada pacuan roda hadapan atau pacuan semua roda.

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara</a

Rekaan dalamnnya turut dipertingkatkan dengan kehadiran sistem infohibur dengan skrin sentuh bersaiz 8-inci yang kini dengan fungsi Apple CarPlay, Android Auto dan telematik sebagai pilihan, stereng dan corong pendingin hawa yang direka bentuk semula, pengecas telefon pintar tanpa wayar (aksesori pilihan) dan kerusi dengan balutan kulit “Sofino”.

Enjin masih kekal dengan pilihan sedia iaitu 2.4-liter GDI dengan 181hp dan 175lb-ft tork dan 2.0-liter GDI dengan 240hp dan 260lb-ft tork. Kedua-duanya dipadankan dengan transmisi enam-kelajuan automatik selain ciri pacuan semua roda sebagai pilihan. Model ini akan mula dijual di pasaran Amerika Syarikat pada separuh pertama 2019, namun butiran lanjut mengenai harganya hanya akan diumumkan apabila hampir dengan dengan tarikh jualan rasminya nanti.

JOM BACA >> INTIP : Papan pemuka Proton Iriz MC2 berjaya dirakam

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply