ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tangki minyak X70 bocor – Proton sedang lakukan siasatan

Tular

Views

Sejak semalam kecoh di laman group Proton X70 Community Malaysia (X70CM) setelah salah seorang ahlinya, Kenz Yap yang juga pemilik model tersebut memuat naik foto yang menunjukkan berlaku kebocoran pada tangki minyak kereta miliknya.

Pelbagai reaksi dan komen dilontarkan pada hantaran tersebut hingga ada yang mengatakan penghantar foto tersebut adalah pemilik akaun palsu yang cuba menjatuhkan reputasi jenama Proton yang sedang meningkat naik ketika ini. Kami juga tertarik dengan beberapa komen pada hantaran tersebut yang mengatakan model Boyue di China turut mengalami masalah yang sama.

JOM BACA >> Tempahan Proton Iriz facelift 2019 mula dibuka esok – 5 varian ditawarkan

Rakan media kami, Bobby Ang dari Aurizn Malaysia telah menghubungi sendiri pihak Proton dan mereka telah mengesahkan kesahihan foto tersebut. Ia merupakan kes yang terpencil dan Proton telah menghubungi pemilik kereta tersebut untuk menjalankan siasatan dan menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin.

Diharapkan pemilik dan bakal pemilik X70 tidak panik dengan situasi ini. Jika kenderaan anda mengalami masalah, kami sarankan anda terus menghubungi pihak Proton untuk bantuan segera. Jangan bimbang, kereta masih dalam waranti lagi.

JOM BACA >> Proton Saga facelift bakal dapat transmisi automatik baharu?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply