Dalam satu kenyataan sebentar tadi, Kementerian Kewangan mengumumkan harga mingguan baharu petrol dan diesel berdasarkan penetapan Mekanisma Harga Automatik (APM). Harga runcit mingguan baharu petrol RON97 akan naik lagi 3 sen seliter, manakala harga RON95 dan diesel pula kekal.
Harga runcit mingguan baharu ini akan berkuat kuasa dari 09/03/2019 hingga 15/03/2019. Kenaikan ini adalah berikutan harga purata produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia telah menunjukkan trend peningkatan berbanding minggu sebelumnya.
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift varian Standard?
Berikut adalah harga runcit mingguan baharu petrol dan diesel mulai 09/03/2019 hingga 15/03/2019:
- RON95 : RM2.08 seliter (kekal)
- RON97 : RM2.46 seliter (naik 3 sen dari RM2.43)
- Diesel : RM2.18 seliter (kekal)
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton Exora RC (Running Change) tertiris – Bakal ada ciri “Hai Proton!”?
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI