ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Proton Saga ini dikatakan sedang menguji transmisi automatik baharu

Foto Intipan

Views

Rakan kami Mohd Sabri Mohd Sirah sebentar tadi telah kongsikan beberapa foto intipan terbaharu Proton Saga yang diperolehinya menerusi pesanan Whatsapp. Foto ini sebenarnya telah dirakam oleh Naim Mian di dalam kawasan pakir Masjid Taman Putra Perdana Puchong.

Kalau anda masih ingat beberapa hari lepas kami telah memuat naik foto unit ujian yang sama dengan plet B2603A yang menggunakan warna Bronze Garnet di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Pagoh.

Warna tersebut pernah digunakan pada model Saga FLX dan mungkin menjadi pilihan warna baharu untuk Saga facelift nanti. Yang menariknya unit ujian ini dikatakan sedang menguji transmisi 4@5-kelajuan baharu dari Hyundai PowerTech yang bakal menggantikan unit CVT dari Punch.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift varian Standard?

Unit ini juga menggunakan rim aloi yang sama dengan model Persona ketika ini dan di bahagian dalamnya masih kekal dengan rekaan kabin yang sama. Cuma kami perasan pada beberapa bahagian tertentu pada papan pemukanya dicat dengan warna yang seakan gangsa.

Sekali imbas pada konsol tengah papan pemukanya kelihatan seperti ada unit infohibur dengan skrin sentuh, namun ia tidak begitu jelas kerana foto yang dirakam agak kabur. Agak malang kerana tiada foto yang memaparkan bentuk tombol gear dan kami jangka model Saga facelift nanti akan mendapat rekaan tombol gear serba baharu.

Setakat ini kami masih menanti info baharu mengenai model Saga facelift dan juga foto intipannya yang sebenar. Kalau ada yang terjumpa nanti jangan lupa rakam gambar dan hantarkan kepada kami ye, boleh kita sambung ‘membawang’ lagi.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton Exora RC (Running Change) tertiris – Bakal ada ciri “Hai Proton!”?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments


  • Apasal tak sumbat 4at ni kat iriz n persona skali.. Urgen sgt ke nak launch awal2??.. Org da menyampah dgn cvt ni sbb lack of respon.. manja.. Hrapkan GKUI tu jualan xkan berapa boost pon.. Akhirnya org akan compare mekanikal realibility dia jgk utk long term.. Proton suka wat keja 2-3 kalila.. Silap2 saga laku keras


  • nak bagi saga bertambah laku keras ialah kat platform saga ni kena guna teknologi HPFF dan 6 airbag. kalau boleh material kat saga pun kena upgrade sekali.


  • Utk menukar platform,parts,komponen perlukan Kos yg amat tinggi.Itu mmg sudah ada dlm perancangan. Model sedia ada telah disemak semula & ditambah baik. Tiada salahnya di situ.

Leave a Reply