ARKIB

KATEGORI

Buletin

Laman sesawang DSK Industry sedang dikemaskini – Betul ke ini kereta elektrik pertama Malaysia?

Berita Tempatan

Views

Semalam rakan media kami dari Paultan.org telah memuat naik artikel berkaitan DSK Industry yang mengisytiharkan mereka sebagai pengeluar kereta ketiga Malaysia dan memaparkan sebuah model kereta elektrik pertama negara yang diberi nama Murni.

Kami cuba mengakses laman sesawang DSK Industry sebentar tadi namun mendapati ia kini sedang dikemaskini dan laman sesawang baharu bakal dilancarkan tidak lama lagi. Menurut Paultan, Murni sebenarnya adalah model dari pengeluar China, SiTech DEV1 yang merupakan subjenama di bawah FAW.

Spesifikasi model ini agak mengagumkan, ia mempunyai jarak pemanduan sejauh 350 km dengan sekali cas penuh dan hanya memerlukan masa 40 minit untuk mengecas semula 80 peratus baterinya menerusi pengecas 6.6 kW AC. Untuk cas penuh ia memerlukan masa selama 5 jam setengah menerusi soket domestik biasa. Kapasiti baterinya pula dikatakan sebanyak 100,000 mAh.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift varian Standard?

Kereta kompak elektrik ini mampu memecut dari keadaan pegun ke 50 km/j dalam masa 4.8 saat dan mempunyai berat sekitar 1,120 kg. Reka bentuknya diilhamkan dari reka bentuk industri Nordic yang nampak ringkas dan minimalis. Murni juga bakal dilengkapi dengan sistem kereta pintar D·OS yang dibangunkan sendiri oleh DSK Industry.

Antara ciri menarik kereta ini adalah sistem pengecaman muka untuk membuka dan menghidupkan kereta, aplikasi yang memantau status kereta secara jarak jauh selain ID pengguna yang membolehkan pengguna menggunakan pelbagai sistem sambungan dalam kereta termasuklah melayari laman sesawang dan menstrim muzik atau filem.

Buat masa ini syarikat tersebut sedang mencari pengedarnya di Malaysia namun yang anehnya nombor telefon yang disenaraikan menggunakan talian Singapura dan laman Facebooknya pula dinamakan Autod Singapore. Kita tunggu dah lihat perkembangan mereka dari semasa ke semasa.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton Exora RC (Running Change) tertiris – Bakal ada ciri “Hai Proton!”?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply