ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga runcit petrol dan diesel turun – Pengusaha stesen minyak tanggung rugi RM40 juta?

Views

Kami yakin semua orang sudah tahu bermula tengah malam ini harga runcit petrol RON95 dan RON97 akan turun 27 sen seliter manakala diesel pula turun 14 sen seliter. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng petang tadi mengumumkan harga runcit RON95 akan turun daripada RM2.20 kepada RM1.93 seliter, RON97 turun daripada RM2.50 kepada RM2.23 seliter, manakala diesel pula turun daripada RM2.18 kepada RM2.04 seliter untuk tempoh seminggu bermula tengah malam ini hingga 11 Januari ini.

Kerajaan telah memutuskan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat sejajar dengan penurunan harga petroleum di pasaran dunia. Keputusan ini dibuat setelah mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2 Januari lalu.

Harga runcit produk petroleum akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), selaras dengan trend penurunan harga minyak di pasaran dunia pada ketika ini. Pengumuman harga runcit akan dibuat pada hari Jumaat setiap minggu dan berkuat kuasa mulai Sabtu sehingga Jumaat. Harga baharu itu juga telah mengambil kira tambahan komisen atau margin pengusaha stesen minyak yang diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri.

Keputusan ini telah mengambil kira pandangan semua pihak termasuk Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM)Margin Pengusaha Stesen Minyak juga akan diselaraskan dengan tambahan 2.81 sen kepada 15 sen seliter bagi RON95 dan tambahan tiga sen kepada 10 sen seliter bagi produk diesel berbanding kadar semasa. Kali terakhir kadar margin ini disemak semula adalah pada tahun 2008.

Apabila harga pasaran dunia naik, harga runcit produk petroleum akan kekal pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel menerusi pemberian subsidi. Kaedah baharu ini ialah inisiatif Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan yang tidak pernah diamalkan sebelum ini.

JOM BACA >> PANAS : Geely kantoi bocor nama Proton X50?

Namun begitu, menurut laporan Astro Awani kira-kira dua jam yang lalu, walaupun Persatuan Pengusaha Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) menyambut baik pengumuman penurunan harga minyak, Presidennya Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz menjangkakan kerugian sebanyak RM40 juta terpaksa ditanggung oleh pengusaha stesen minyak seluruh negara disebabkan baki stok sedia ada.

Beliau berharap kemelut penetapan harga minyak mingguan juga dapat diperhalusi dan pihaknya memohon agar pintu perbincangan masih lagi terbuka. Beliau berkata, setiap kali harga minyak naik, mereka akan menempah banyak stok, tetapi syarikat minyak hanya menghantar bekalan minyak pada hari berikutnya. Apabila harga minyak turun, ia berlaku sebaliknya.

Tambah beliau lagi, mereka tidak mahu membeli dengan harga mahal dan menjualnya dengan harga murah. Isu antara pengusaha stesen minyak dan pihak logistik pengangkutan akan berbangkit pada setiap minggu dan tambah merumitkan keadaan, paras bekalan adalah tidak sama. Mereka akan rugi apabila harga yang turun lebih banyak daripada harga naik kerana pelanggan kurang mengisi minyak. Secara keseluruhan, mereka akan rugi sekiranya harga minyak sentiasa turun.

Apa pendapat anda mengenai isu ini? Penulis sebenarnya dah beberapa kali terkena masa harga minyak nak naik keesokaan harinya, ada beberapa stesen minyak dilihat seolah-olah ‘sengaja’ meletakkan papan tanda sedang diselenggara pada semua pam RON95, sedangkan RON97 semua pam boleh digunakan sepenuhnya.

Betul ke nak selenggara atau itu taktik nak kaut untung lebih? Sedangkan waktu pagi tu semua pam berfungsi elok je, takkan stok habis kot? Yang peliknya pagi esoknya semua pam RON95 kat stesen yang sama elok semula, bukan ke Presiden kata stok sampai hari berikutnya? Pelik tapi benar.

JOM BACA >> Fakta ringkas menarik mengenai Perodua Aruz – Tempahan kini dibuka!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments

Leave a Reply