ARKIB

KATEGORI

Buletin

PANAS : Geely kantoi bocor nama Proton X50?

Views

Sama ada sengaja atau pun tidak, laman Instagram Geely Auto beberapa jam yang lalu telah memuat naik foto model SUV kompaknya, Bin Yue atau sebelum ini dikenali dengan namakod SX11 beserta kapsyen dengan tanda pagar (hasthtag) #protonx50. Jika dalam artikel sebelum ini, laman yang sama juga telah memuat naik video pendek yang menunjukkan 2300 unit Proton X70 sedang masuk ke dalam sebuah kapal pengangkut untuk di hantar ke Malaysia.

JOM BACA >> Proton X70 ‘terlajak laris’ – Terima tempahan 200-300 sehari

Nampak gayanya Geely semakin seronok bekerjasama dengan Proton setelah X70 mendapat sambutan yang cukup hangat, dengan purata tempahan 200-300 sehari hinggakan mereka membocorkan nama X50 secara terbuka di media sosial. Ini secara tidak langsung mengesahkan tekaan kami dalam artikel terdahulu. Hebat juga ilmu meramal kami kan?

Kami jangka adik kepada X70 ini akan diperkenalkan secepat yang mungkin dan Geely sudah pasti tidak sanggup untuk melengahkannya lagi. Untuk info mengenai Geely Bin Yue/SX11 atau bakal Proton X50, ketik sahaja pautan ini. Kami pun sebenarnya tak sabar nak tunggu pengenalan model Proton X50. Kita sama-sama nantikan.

*Kemaskini – Rupa-rupanya akaun Instagram itu hanyalah untuk peminat Geely, bukan laman rasmi. Patutlah jumlah pengikutnya jauh lebih ramai dari laman rasmi. Apa pun kita tunggu sahaja perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

JOM BACA >> Fakta ringkas menarik mengenai Perodua Aruz – Tempahan kini dibuka!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply