Helikopter yang mendarat di Padang Ipoh, Jumaat lalu bagi mengambil tempahan 36 bungkus nasi ganja mempunyai surat kebenaran merentas negeri yang dikeluarkan oleh polis Selangor, kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.
Harian Metro melaporkan, Mior Faridalathrash berkata, bagaimanapun kebenaran rentas negeri yang dikeluarkan oleh polis Selagor itu hanya bagi tujuan penyelenggaraan pesawat atau ‘aircraft maintenance‘.
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
Mior Faridalathrash berkata, tiga individu termasuk seorang bergelar Datuk yang dikenal pasti terbabit dalam insiden helikopter model Bell 505 itu juga sudah selesai dirakam percakapan mereka hari ini.
Jelas beliau, Datuk dan pegawai dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) itu antara lima individu yang sudah dipanggil untuk diambil keterangan.
Tambahnya, siasatan dijalankan mengikut kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) larangan rentas negeri atau daerah iaitu di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 Akta 342.
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
Sebelum ini, Mior Faridalathrash mengesahkan helikopter berkenaan hanya mempunyai kebenaran mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh namun tidak di Padang Ipoh.
Menerusi laporan akhbar Jumaat lalu, helikopter itu mendarat di padang Ipoh pada 10 pagi bagi mengambil pesanan 36 bungkus kandar dikenali ‘nasi ganja’ dari restoran antara terkemuka di bandar ini.
CAAM dalam satu kenyataan pada Sabtu lalu berkata, helikopter itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor 9.08 pagi Jumaat dan kembali semula ke lapangan terbang itu 11.02 pagi hari sama seperti yang dijadualkan.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit AWANI Perak
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
KOMEN TERKINI