ARKIB

KATEGORI

Buletin

35 unit Toyota Hilux GS Cargo diserahkan kepada Polis Selangor

Berita Tempatan

Views

Polis Selangor hari ini menerima 35 unit kenderaan baharu pacuan empat roda Toyota Hilux Single CAB 2.4 jenis GS Cargo (4WD GS Cargo) yang akan diserahkan kepada setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bagi tujuan penugasan pihaknya.

Astro AWANI melaporkan, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim berkata kenderaan yang mampu memuatkan 10 anggota untuk sekali penugasan itu adalah bersesuaian bagi pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR), light strike force (LSF), membawa mayat, mengangkut barang dan sebagainya.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Jelasnya, polis Selangor merupakan kontinjen pertama menerima pacuan empat roda model berkenaan yang saiznya lebih besar daripada model kenderaan yang dimiliki pihaknya sekarang.

Ujar beliau, sebenarnya mereka membuat perolehan sebanyak 400 pacuan empat roda GS Cargo merangkumi semua kontinjen. Untuk kontinjen Selangor, pihaknya bekalkan lebih dari negeri lain sebanyak 35 buah kerana ia kontinjen yang besar dan mempunyai daerah yang banyak.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Tambah beliau, dalam tempoh dua minggu kenderaan pacuan empat roda GS Cargo majlis penyerahan akan dilakukan di Kontinjen Kuala Lumpur. Beliau berkata demikian kepada Bernama dan RTM di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor selepas sesi penyerahan kenderaan tersebut hari ini.

Sehingga kini, Mazlan berkata Kontinjen Selangor telah menerima agihan 37 kenderaan bagi 2020 dan 2021 untuk kegunaan di IPD serta balai-balai polis antaranya melibatkan 18 lori model Hino; tiga pacuan empat roda Toyota Hilux D/C 2.8 Black EDI dan dua pacuan empat roda Toyota Triton 2.4 VG Premium.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Selangor

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply