ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hino Total Support Centre dibuka secara rasmi

Views

Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd, pembuat trak berkuasa diesel nombor satu dan salah satu pengeluar kenderaan tugas berat dan sederhana yang terkemuka dari Jepun, telah merasmikan pembukaan Hino Total Supprt Centre (HTSCC) yang telah dinaiktaraf bernilai RM8 juta. Pusat yang dibina di atas kawasan seluas 39,600 meter persegi bakal menjadi pemangkin kepada perkembangan bisnes Hino di rantau ini. Ia juga merupakan yang pertama di dunia di luar negara Jepun yang dibina mengikut spesifikasi standard antarabangsa dari Jepun.

Hino berhasrat untuk mencapai kapasiti 2,000 latihan setiap tahun di HTSCC dan latihan ini adalah terbuka untuk pemandu trak atau kenderaan tugas berat yang akan dila tih dengan kaedah serta teknik pemanduan beretika untuk mengurangkan bilangan kemalangan, aduan serta saman dan yang paling penting untuk menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kos perniagaan.

Pengarah Urusan Hino Motor Sales (Malaysia) Sdn Bhd, Encik Ken Iwamoto berkata, dengan adanya pusat ini ia bakal menggunakan kaedah yang telah dicuba dan teruji untuk meyelamatkan nyama, mengurangkan bilangan kemalangan serta kos perniagaan. Statistik daripada Kementerian Pengangkutan, menunjukkan kemalangan jalan raya telah menyebabkan kerugian dianggarkan bernilai RM9.21
bilion kepada rakyat Malaysia, pada tahun 2016 dengan bilangan 521,466 kemalangan dicatatkan, meningkat daripada 489,606 pada tahun 2015.

Daripada jumlah kemalangan jalan raya ini, sebanyak 80.6 peratus adalah disebabkan oleh kesilapan manusia. Pada 2016, sebanyak 7,152
kematian direkodkan dalam kemalangan jalan raya di Malaysia, peningkatan jumlah yang sangat membimbangkan daripada 6,706 kematian dalam tahun sebelumnya. Pusat latihan yang telah dinaiktaraf kini dibina dengan halangan lebih sukar untuk ujian ketahanan dan kemahiran teknikal seperti jalan berpusing untuk pemanduan bukit, jalan berbenteng untuk kelajuan sederhana, litar pemanduan
profesional, pengawalan kenderaan di atas jalan basah dan kemudahan brek panik serta litar pemanduan sepanjang 830 meter.

Pusat ini juga dilengkapi dengan perkhidmatan bay penyelenggaraan, ruang kantin terbuka dan galeri untuk meningkatkan kesedaran pelanggan dan orang ramai mengenai sejarah Hino sebagai sebuah syarikat, revolusi teknologi dan kemajuan produk. Hino telah ditubuhkan di Malaysia sejak 40 tahun yang lalu. Sebagai permulaan, HTSCC menawarkan program latihan intensif untuk melengkapkan pemilik trak tentang pengetahuan, keselamatan dan kaedah pemanduan. Kurikulum latihan Hino yang menggabungkan latihan teori serta amalan terdiri daripada:

i) Latihan Keselamatan & Pemanduan Eco-cien
– Program ini menekankan falsafah Hino dalam mewujudkan persekitaran yang sihat dengan mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO
– Latihan kemahiran dan teknik penting untuk pemanduan yang selamat dan ekonomik yang mampu membawa kepada peningkatan keuntungan perniagaan juga akan diajar.

ii) Latihan Membiasakan Pemandu
– Program ini akan menekankan kemahiran dan pengetahuan untuk memastikan pelanggan sudah biasa dan faham tentang jadual penyelenggaraan berkala kenderaan, jaminan dan pemeriksaan harian.

iii) Latihan Keselamatan Pemandu
– Program yang dijalankan selama satu hari ini menekankan tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa di jalan
raya.

Hino bercadang untuk meningkatkan modul program secara berperingkat dengan tambahan empat kursus baru iaitu:

a) Latihan Pelatih Pemanduan
b) Latihan Pemanduan & Tindak Balas Manusia
c) Latihan Pemanduan Malam
d) Latihan/Ujian Kecenderungan Pemanduan

Pemandu akan diuji dengan pemanduan mesra bahan api, pemanduan selamat, dan latihan pemanduan dalam keadaan jalan yang berbeza serta teknik pemanduan yang selamat ketika memandu pada waktu malam. Hino juga merancang untuk menyediakan latihan kemahiran seperti melengkapkan pemandu dengan pengetahuan bagaimana dan bila untuk bertindak balas dalam situasi konflik dan semasa detik cemas apabila memandu di jalan raya, latihan yang mengutamakan keselamatan dan akhirnya latihan yang dapat membantu pemilik kenderaan menjimatkan kos keseluruhan perniagaan dan menyelamatkan nyawa pemandu.

Hino kini merupakan jenama nombor satu di kalangan pembuat trak di Malaysia dengan penguasaan pasaran sebanyak 35.7 peratus. Pada akhir 2016, Hino Motors Sales (Malaysia) telah menjual sebanyak 5,870 unit kenderaan tugas sederhana dan berat. Pada tahun ini pula,
syarikat itu menjangka untuk menjual lebih daripada 6,000 unit kenderaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Picture 4 Picture 6 Picture 7 Picture 8

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply