ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda BR-V generasi kedua buat kemunculan sulung global di Indonesia

Berita Global

Views

PT Honda Prospect Motor hari ini secara rasminya memperkenalkan Honda BR-V generasi kedua buat julung kalinya di dunia menerusi pelancaran yang dilangsungkan secara maya sebentar tadi. Model ini hadir dengan rekaan serba baharu dan turut dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih.

Lima pilihan warna ditawarkan, termasuk satu warna baharu iaitu Premium Opal White Pearl, selain Taffeta White, Lunar Silver Metallic, Modern Steel Metallic dan Crystal Black Pearl. BR-V serba baharu mula diperkenalkan menerusi model konsep yang dikenali sebagai New 7 Seater eXcitement (N7X).

Buat pertama kalinya BR-V dilengkapi dengan Honda SENSING, Honda LaneWatch, Remote Engine Start, Walk-Away Auto Lock dan Smart Entry System. Ia dijana oleh 1.5L DOHC i-VTEC yang mampu menghasilkan 121 PS pada 6.600 rpm dan daya kilas maksimum 145 N.m pada 4.300 rpm.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Enjin ini digandingkan pula dengan transmisi CVT baharu yang memberikan lebih prestasi dan penjimatan bahan bakar. Rekaan BR-V serba baharu kini lebih sporty dan tegap, terutama dari arah depan yang menampilkan lampu utama jenis LED yang bergabung dengan lampu siang DRL.

Lampu belakang pula dilengkapi dengan jejalur LED melintang yang mirip City generasi baharu. Rim aloi bersaiz 17-inci dengan kemasan dwitona dan lapik badan plastik pada lengkung tayar melengkapi gaya SUVnya. Ruang kabinnya juga agak ringkas dan tempat duduk baris pertama dan kedua dilengkapi dengan perehat tangan.

Model ini juga turut mempunyai tambahan soket kuasa 12 V untuk mengecas peranti pintar yang kini terdapat di konsol depan, serta tempat duduk baris kedua dan juga ketiga.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Panel meternya dilengkapi dengan paparan TFT bersaiz 4.2 inci yang memaparkan pelbagai info, manakala sistem infohiburannya menerima skrin sesentuh bersaiz 7 inci dengan fungsi Sambungan Telefon Pintar dan Telefon Bebas-Tangan.

Empat varian ditawarkan untuk pasaran di Indonesia, iaitu Honda BR-V S M/T, Honda BR-V E (CVT & M/T), Honda BR-V Prestige CVT dan Honda BR-V Prestige CVT with Honda SENSING. Buat masa ini harga jualannya masih lagi belum diumumkan.

Semasa pelancaran, kelibat sebuah model misteri yang masih diselubungi kain merah dipaparkan dan ia merupakan sebuah lagi model SUV baharu yang bakal diperkenalkan kemudian. Model apakah itu? Sama-sama kita tunggu perkembangan selanjutnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply