ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda CBR 250RR 2019 tiba Thailand – 100 peratus buatan Jepun

Berita Global

Views

Jujurnya kami ni memang agak ‘noob’ bab jentera dua roda atau motosikal. Tapi satu hantaran di laman Facebook telah menarik perhatian kami dan ia berkaitan dengan model Honda CBR 250RR serba baharu. Ia dikatakan bakal dilancarkan di negara Thailand tidak lama lagi dengan anggaran harga 249,000 Baht (RM32,000).

CBR 250RR generasi baharu ini akan dikeluarkan di Jepun (CBU) dan akan hadir dengan beberapa ciri menarik, antaranya ialah:

  • Rekaan lampu hadapan berlapis
  • Lampu belakang LED
  • Mod tunggangan tiga tahap – Sport+, Sport dan Comfort
  • Sistem pendikit dengan wayar
  • Meter digital LCD dengan pemasa sepusingan (lap timer)
  • Kerangka Truss
  • Suspensi belakang Pro-Link dengan sistem pelarasan lima tahap
  • Lengan ayun aluminium
  • Paip ekzos berkembar
  • Roda aloi aluminium
  • Brek cakera depan dan belakang dengan ABS
  • Sistem suspensi terbalik di bahagian depan

JOM BACA >> Adakah ini model skala kereta terbang pertama Malaysia?

Model ini dikuasakan oleh enjin kembar-selari (twin-parallel) 249 cc dengan Suntikan Bahan Api Elektronik (EFI) yang mampu menghasilkan 38.7 PS pada 12,500 rpm dan 23.3 Nm tork pada 11,000 rpm. Ia ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Grand Prix Red (kombinasi warna merah dan hitam) serta Mat Sensei Black Metallic (hitam sepenuhnya).

Adakah model ini akan tiba di Malaysia nanti? Kami pun tak boleh nak memberi jawapannya. Kita tunggu dan lihat perkembangannya dari semasa ke semasa. Kami sangat yakin ramai ‘mat-mat motor’ dah mula bergetar tulang rusuk tengok reka bentuk model ni kan? Merecik beb!

JOM BACA >> AAM hilang hak penganjuran acara sukan bermotor di Malaysia – Adakah MAM bakal jadi pengganti?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply