ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Iriz dan Persona facelift bakal dilancar 3 April?

Info

Views

Ini info terkini yang kami perolehi. Menurut sumber yang dipercayai, model Proton Iriz dan Persona facelift bakal dilancarkan pada 3 April 2019 (Rabu minggu depan) di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC). Sepatutnya ia dijadualkan bulan ini, namun atas beberapa faktor yang tidak dinyatakan, pelancaran tersebut ditunda ke bulan depan.

Iriz facelift akan ditawarkan dalam lima varian, iaitu Standard 1.3L MT, Standard 1.3L CVT, Executive 1.3L CVT, Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT. Persona facelift pula bakal ditawarkan dengan tiga varian, iaitu Standard 1.6L MT/CVT, Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT.

JOM BACA >> Adakah ini model skala kereta terbang pertama Malaysia?

Kedua-dua model ini akan dilengkapi dengan ciri Arahan Suara untuk varian Premium dan telah perhalusi dari segi kadar NVH. Tempahan kilatnya dengan deposit sebanyak RM9.99 juga masih lagi berlangsung sehingga 3 April. Nampaknya jangkaan kami seperti dalam artikel terdahulu sedikit tersasar kerana pelancarannya berlangsung lebih awal.

Sudah pasti Proton akan membawa kedua-dua model ini untuk dipamerkan di Malaysia Autoshow 2019 yang akan berlangsung pada 11 hingga 14 April 2019 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang nanti. Mungkin juga akan ada kejutan lain yang akan menanti anda di sana. Yang ni kami main teka je, kalau takde jangan hentam kami pulak, hehehe.

JOM BACA >> AAM hilang hak penganjuran acara sukan bermotor di Malaysia – Adakah MAM bakal jadi pengganti?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply