ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda City dinaiki terbabas dan terbakar – Pemandu maut tercampak ke jalan

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan sebelum terbakar di kilometer P5.1 Lebuhraya Elite, Putrajaya Link hari ini.

Menurut Berita Harian, dalam kejadian jam 10 pagi, lelaki yang maut dipercayai tercampak ke jalan selepas Honda City yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya, Julaina Hashim, berkata kenderaan itu kemudian terbakar 100 peratus.

Katanya, mangsa yang maut dan tercampak keluar itu dikenali Ong Ka Hou, 26, berasal dari Ulu Yam Baru, Selangor.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Seorang lagi mangsa yang terperangkap dalam kenderaan yang terbakar dapat dikeluarkan dengan bantuan orang awam sebelum pasukan bomba tiba di tempat kejadian. Bomba tiba di tempat kejadian jam 10.18 pagi dan kebakaran dapat dikawal pada 11.15 pagi.

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan dan tiada pengenalan diri ditemui disebabkan tertinggal dan terbakar dalam kenderaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply