ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ Terengganu keluarkan 834 saman kesalahan cermin gelap

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan 834 saman melibatkan kesalahan pemasangan cermin gelap dalam operasi di seluruh negeri sepanjang Julai lalu.

Sinar Harian melaporkan, Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, penggunaan cermin gelap antara enam kesalahan teknikal paling ‘popular’ di negeri ini.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Menurutnya, lima yang lain ialah tiada lesen kompeten CDL (320 kes), membawa muatan berbahaya (207 kes), nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan (187 kes), kesalahan mengubah suai kenderaan (164 kes) dan tiada lesen GDL (15 kes).

Bagi tempoh itu juga, sebanyak 27,561 kenderaan diperiksa melibatkan 3,633 buah motosikal, 16, 470 kereta, 2,078 lain-lain kenderaan persendirian, 611 membabitkan bas serta masing-masing 10, 565 kenderaan barangan dan 204 untuk kenderaan lain-lain.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Sementara itu, Zulkarnain memberitahu, JPJ Terengganu merekodkan 115 urusniaga melibatkan bayaran kompaun hanya dalam tempoh empat hari bermula pada 18 Ogos hingga hingga Sabtu selepas tawaran diskaun 70 peratus dibuat sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-64.

Katanya, jumlah urusniaga ini menunjukkan peningkatan berganda jika dibandingkan tempoh 17 hari bermula 1 Ogos lalu sebelum penawaran kompaun yang hanya merekodkan 308 urusniaga.

Sebelum ini, JPJ menawarkan potongan 70 peratus kepada semua saman yang boleh dikompaun termasuk disenarai hitam sempena sambutan kemerdekaan. Tawaran pengurangan saman itu dibuat bagi meringankan beban rakyat berikutan kemelut ekonomi akibat pandemik COVID-19.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The Borneo Post Online

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply