ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda HR-V RS buat kemunculan di KLIMS18

Views

Honda Malaysia hari ini mempamerkan varian terkini HR-V RS pada acara Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018. Sejak tempahannya dibuka mulai Julai lalu, lebih 4,100 tempahan telah diterima untuk model SUV kompak tersebut hingga ke hari ini. Dilancarkan pada tahun 2015 di Malaysia, HR-V telah terjual secara keseluruhan sebanyak 72,200 unit sehingga kini.

Di antara Januari dan September 2018, model-model Honda seperti Jazz, City, Civic, Accord, CR-V dan BR-V muncul sebagai peneraju dalam segmen masing-masing. Honda juga berjaya mengekalkan posisinya sebagai jenama No. 1 dalam segmen Bukan Nasional dan No. 2 Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) secara keseluruhannya.

HR-V RS Baharu tampil lebih “sporty” dan menarik menerusi bahagian luarannya yang terdiri daripada reka bentuk signatur Honda. Misalnya konsep rekaan ‘Solid Wing Face’ dengan Lampu Utama LED Baharu, Lampu Nyalaan Siang (DRL) LED, Lampu Kabus LED dan Kombinasi Lampu Belakang LED. Varian HR-V RS Baharu dipasang dengan rim-aloi dua tona bersaiz 18-inci, rekaan jeriji hadapan yang “sporty”, selain bampar hadapan dan belakang baharu untuk meningkatkan lagi penampilannya yang menarik.

Perincian-perincian baharu seperti kemasan pemegang pintu krom gelap, kemasan plat krom gelap, sil sisi berwarna hitam yang “sporty” dan kemasan pada perumah lampu kabus yang memberikan rasa yang lebih segar kepada varian RS. HR-V RS Baharu dikuasakan oleh enjin 1.8L SOHC i-VTEC yang dipadankan dengan kotak gear CVT daripada Earth Dreams Technology Honda yang menawarkan prestasi dan penjimatan bahan api yang seimbang.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift 2019?

Ia kini dilengkapi satu ciri baru – sistem stereng Nisbah Gear Berubah-ubah (VGR) untuk pemanduan yang lebih “sporty”. Pemandu akan memperoleh dua manfaat iaitu – pemanduan yang lebih efisien ketika memandu di bandar dan pemanduan lebih stabil apabila memandu di lebuh raya.

Ruang kabin HR-V RS Baharu yang luas didatangkan dengan rekaan tempat duduk kulit baharu berwarna Ivory yang kelihatan lebih sofistikated dan elegan. Ia turut dilengkapi Pedal Penukar Gear (Paddle Shift), Tempat Duduk 8 Talaan Kuasa untuk pemandu dan pedal sport sebagai sebahagian daripada pakejnya. Bahagian kargo boleh laras dengan pelbagai mod konfigurasi pula merupakan ciri penting pada model ini.

Pakej lengkap varian RS dipertingkatkan lagi dengan Honda LaneWatch, yang memaparkan pandangan laluan kiri dan titik buta bagi memberikan sudut pandang yang lebih baik dan menawarkan kondisi pemanduan lebih selamat kepada pemandu. HR-V RS Baharu hadir dengan ciri keselamatan standard seperti enam beg udara, Isyarat Berhenti Kecemasan (Emergency Stop Signal), Bantuan Kestabilan Kenderaan (Vehicle Stability Assist) dan Bantuan Mula Mendaki (Hill Start Assist).

Bukan itu sahaja, HR-V RS Baharu juga dilengkapi Kamera Undur Pelbagai Sudut (Multi-Angle Rear-View Camera) demi memberi kemudahan kepada pemandu. Untuk melihat model ini secara lebih dekat kunjungi reruai pameran Honda di KLIMS 2018 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) bermula 23 November (esok) hingga 2 Disember 2018.

JOM BACA >> PANAS: Ottimo bakal perkenal moped ‘harga marhaen’ tidak lama lagi!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply