ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

Proton R3 hantar dua jentera cilik ke Sepang 1000KM Endurance Race

Views

Pasukan Proton R3 (R3), juara Sepang 1000KM Endurance Race (S1K) pada 2017 bakal kembali mempertahankan kejuaraannya pada edisi 2018 dengan mempertaruhkan dua jentera cilik, Saga dan Iriz. Ini merupakan kali pertama Saga generasi baharu berentap dalam saingan tersebut.

Saga generasi terkini dipilih sebagai jentera lumba S1K edisi tahun ini kerana ketegaran kilasan yang tinggi badannya (12,000Nm/deg kini berbanding 10,000Nm/deg dahulu) sekaligus menjadikannya pelantar ideal untuk kegunaan pertandingan, manakala pengendalian yang seimbang serta pakej mekanikal yang terbukti amat sesuai untuk perlumbaan 1000km yang menguji ketahanan kereta melebihi had sehingga 181 pusingan.

Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar berkata S1K merupakan pentas terbaik untuk memperkenalkan kembali R3 kepada peminat Proton disamping mengingatkan mereka mengenai warisan perlumbaan model terlaris Proton. Walaupun ini kali pertama Saga turun berentap, Proton yankin dengan keupayaan R3 dalam membangunkan jentera yang berdaya saing.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift 2019?

Unit Sukan Pemotoran Proton, R3 yang telah ditubuhkan pada 2003 sememangnya mempunyai kepakaran dalam penyelidikan, pembangunan dan mengeluarkan kereta lumba dan rali. Selain itu, R3 turut bertanggungjawab untuk menghasilkan kereta edisi-terhad selain alat ganti dan aksesori yang membawa jenama tersebut. Lebih 15 tahun lalu, mereka telah menyertai dan memenangi beberapa acara sukan permotoran berprsetij di Malaysia dan di rantau ini. Antara kejayaan terbaik mereka adalah memenangi perlumbaan Merdeka Millennium Endurance pada 2005 dan 2006 selain tiga kemenangan di perlumbaan S1K pada 2012, 2014 dan 2017.

Untuk tahun ini, pasukan lumba R3 akan membawa 21 orang krew serta 15 orang pelajar dari Universiti Automotif Malaysia DRB- HICOM dari Pekan, Pahang. Empat pelumba yang bersaing tahun lalu kembali, antaranya gandingan pelumba veteran Admi Shahrul dan James Veerapan yang akan memandu Saga serta Fariqe Hairuman dan Syafiq Ali yang akan memandu Iriz.

Prinsipal Pasukan Proton R3, Gary Lee berkata walaupun beberapa pasukan menggunakan tiga pelumba untuk setiap kereta, Proton R3 hanya memilih dua bagi memaksimakan jumlah masa pemanduan. Ini penting untuk melaraskan masa sepusingan yang konsisten dalam perlumbaan yang panjang. Dalam perlumbaan sebegini pasukan akan berlumba semaksima mungkin dalam beberapa pusingan sebelum mengendurkan sedikit saingan untuk menjaga kereta dan komponen seperti tayar dan brek.

Ketekalan dan keandalan adalah kunci utama kemenangan manakala memaksa jentera semaksima mungkin bakal menyebabkan masalah mekanikal. Tahun ini Proton menyasarkan untuk menempatkan kedua-dua jentera lumba ini di pentas podium, walaupun ia merupakan satu tugas berat kepada kereta baharu seperti Saga. Namun dengan kerjasama sepasukan dan sedikit tuah, Proton yakin pasukan ini bakal mencatatkan kejayaan yang membanggakan.

JOM BACA >> PANAS: Ottimo bakal perkenal moped ‘harga marhaen’ tidak lama lagi!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply