ARKIB

KATEGORI

Buletin

Michelin dan Petron didik pelajar mengenai keselamatan tayar

Views

Bertempat di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Michelin dan Petron telah berjaya mendidik lebih dari 5,000 pelajar mengenai keselamatan tayar sempena Program Keselamatan Jalan Raya. Kolaborasi ini memberi kesedaran mengenai kepentingan tayar pada kenderaan dan pengetahuan mengenai asas keselamatan tayar, khususnya informasi tekanan angin dan bagaimana untuk mengukur kedalaman bunga tayar.

Ini merupakan destinasi kelima program tersebut yang telah menjelajah ke beberapa universiti di Malaysia termasuklah Universiti Teknologi Malaysia, Sekolah Profesional dan Pendidikan Berterusan (UTMSPACE), Universiti Malaysia Pahang, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), UiTM Johor dan UNITEN.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift 2019?

Program ini terbukti berjaya mencapai objektifnya bersama dengan pelajar UNITEN yang mendapat manfaat daripada sesi interaktif dan informatif. Salah seorang pelajar, Nurul Husna binti Zainal Abidin berkata sebelum ini beliau hanya teringat untuk memeriksa bunga tayar tetapi tidak kedalaman mereka. Kini beliau tahu langkah berjaga-jaga untuk menjaga tayar serta berharap Michelin dan Petron meneruskan program yang bermanfaat ini pada tahun yang akan datang.

Seorang lagi pelajar, Amir Ridhwan bin Ahmad Fauzi berkata acara ini sangat berkesan dalam memberi kesedaran kepadanya mengenai betapa pentingnya tayar untuk keselamatan jalan raya. Mengetahui bagaimana untuk memeriksa tekanan dan kehausan tayar adalah penting untuk pelajar, kerana kebanyakan antara mereka memandu ke universiti.

Pengarah Hal Ehwal Awam & Komunikasi Korporat untuk Michelin Indonesia, Malaysia, Singapura & Brunei Darussalam, Nora Guitet pula berkata sebagai syarikat pengeluar tayar utama di dunia, Michelin memberi keutamaan dalam memastikan tayar kita berada pada standard keselamatan tertinggi dalam semua keadaan jalan. Michelin amat gembira dengan sambutan yang menggalakkan dan komited untuk terus mendidik pelajar mengenai kesedaran dan penyelenggaraan tayar yang sesuai untuk pengalaman memandu yang lebih selamat.

JOM BACA >> PANAS: Ottimo bakal perkenal moped ‘harga marhaen’ tidak lama lagi!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply