ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Jazz generasi ketiga dibuka untuk tempahan!

Views

The-3rd-Generation-All-New-Jazz

Pencabar terbaru dalam segmen hatchback kompak akan dilancarkan tidak lama lagi! Tempahan untuk Honda Jazz generasi ketiga yang bakal tampil dengan ruang kabin yang lebih luas, teknologi inovatif dan praktikal kini dibuka. Model Jazz generasi pertama telah diperkenalkan pada 2001 dengan jualan lebih 4.87 juta unit seluruh dunia.

Anda berpeluang untuk melihat lebih dekat model Jazz ini yang bakal menjelajah ke beberapa lokasi terpilih seluruh negara bermula 1 Julai. Honda Jazz generasi ketiga akan ditawarkan dalam tiga varian sebagai pilihan : Jazz S, Jazz E dan Jazz V yang dikuasakan dengan enjin 1.5L SOHC i-VTEC. Enjin ini mampu memberikan kuasa maksimum 118hp pada 6,600 rpm dengan daya kilasan tertinggi 145Nm pada 4,600 rpm.

Dipadankan bersama transmisi CVT yang dibangunkan dibawah Honda Earth Dreams Technology,  Honda Jazz terbaharu ini menjanjikan kombinasi prestasi pemanduan sempurna dan penggunaan minyak yang cekap. Dengan gaya rekaan yang berkonsepkan ‘Exciting H Design’ yang merupakan gaya rekaan baharu Honda, Jazz baharu tampak lebih bergaya dan futuristik.

Ciri keselamatan pastinya menjadi elemen penting bagi model baharu dan hatchback keluaran Honda ini akan dilengkapi dengan enam beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA), signal kecemasan Start/Stop dan Hill Stop Assist (HSA).

Tempahan Honda Jazz baharu dibuka mulai 1 hingga 15 Julai 2014 dengan kadar faedah serendah 2.53 peratus. Pembeli juga bakal berpeluang untuk memenangi percutian ke Maldives. Untuk maklumat lanjut, ayuh kunjungi ke 75 buah pusat pengedar Honda seluruh Malaysia atau hubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

* Dengar khabar harga untuk Honda Jazz baharu ini sangat kompetitif. Nantikan kemunculannya!

Lokasi jelajah pra-tonton Honda Jazz baharu :

DateStateLocationTime
7/1/2014, TuesSelangor / Kuala LumpurTaman Tun Market, TTDI8am – 10am
Jaya One11am – 2pm
TTDI Bazaar Ramadan4pm – 7pm
Rasta TTDI8pm – 10pm
7/2/2014, WedKuala LumpurKL Central8am – 10am
Lot 1011am – 2pm
Jalan Kuching, Segambut4pm – 7pm
Publika Area8pm – 10pm
7/3/2014, Thurtraveling
SerembanAeon Jusco Outdoor11am – 3pm
Seremban 2 (City Park)4pm – 7pm
7/4/2014, Fritraveling
MelakaUITM Outdoor11am – 2pm
Melaka Central Outdoor3pm – 5pm
Mahkota Parade Outdoor6pm – 9pm
7/5/2014, Sattraveling
JohorKSL Mall & Taman Sentosa Outdoor11am – 2pm
Angsana4pm – 7pm
Singgah Selalu8pm- 10pm
7/6/2014, SunTraveling to Pahang
7/7/2014, MonPahangPasar Besar Kuantan7am – 9am
Maybank Jalan Beserah11am – 2pm
Masjid Besar Jalan Mahkota Bazaar Ramadan4pm – 7pm
Hyatt Regency Kuantan8pm- 10pm
7/8/2014, Tuetraveling
TerengganuSeberang Takir University11am – 2pm
Bandar Kuala Terengganu4pm – 7pm
Mydin Mall Carparrk8pm- 10pm
7/9/2014, WedTraveling
KelantanStadium side11am – 1pm
Tesco Mall Carpark2pm – 5pm
KB Mall Main Entrance6pm – 9pm
7/10/2014, ThurTraveling to Perlis
7/11/2014,FriPerlisKuala Perlis Town8am – 10am
C-Mart, Arau Outdoor11am – 2pm
Stadium Indra Kayangan4pm – 7pm
traveling
7/12/2014, SatKedahTaman Rimba Park8am – 10am
Star Walk Alor Setar11am – 2pm
Stadium Dahrul Aman Outdoor4pm – 7pm
Alor Setar Mall Outdoor8pm – 10pm
7/13/2014, Suntraveling
PenangStraight Quay Outdoor10am – 2pm
Gurney Paragon Outdoor4pm – 7pm
Gurney Drive Outdoor8pm – 10pm
7/14/2014, Montraveling
PerakTaman Hoover, Jalan King (Hawker)11am – 2pm
Kampar UTAR4pm – 7pm
Jaya Jusco Kinta City Outdoor8pm – 10pm
7/15/2014, Tuetraveling
SelangorSetia Alam Mall Outdoor11am – 2pm
Dataran MBSA Shah Alam, Bazaar Ramadan4pm – 7pm
KLCC – Symphony Lake9pm – 11pm
the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

16 Comments


  • dialog bos dan penasihatnya:
    Bos proton: penasihat, mcm mna ni,jazz dah kuar, bleh jual ke proton GSC kita ni?
    Penasihat: bleh bos, kereta kita kan GSC, global compec car, nama pun global, msti bleh lwn la jazz tu.
    Bos proton: ya la, kereta kita kan ada kualiti.sy tak mau jual murah lg rm120k bleh ke?
    Penasihat: kita jual sama harga dgn myvi sudah la boss.
    Bos proton: apa!!! Sama hargga myvi??? Ini kereta global , ada kualiti tinggi, sy tak mau org tgk proton penjual kereta murah dah, sy mau jual mahal lg.
    Penasihat: ok la bos, kita jual sama harga dgn jazz, kita kasi lwn proton GSC dgn jazz. Lg pun gsc dgn jazz sama sekmen kan. Org mlysia msti pilih proton la boss, org mlysia syg sgt2 kt proton.


    • Dialog ini hanya persepsi penasihat 25%.Tiada pun dialog sebodoh mcm ni kecuali org2 yg mereka dialog ni memang dah sedia bodoh.Tak faham Jazz kategori lain dan GSC kategori lain.Harga Jazz berapa GSC pulak berapa.Kalau rasa Jazz bagus belilah tak ada org nak larang tapi kenalah byr bulanan lebih sikit.Ni marah tak tentu pasal kat gsc,kalau gsc keluar esok rasanya lagi gila babi meroyannya si penasihat 25% ni..


    • pehhh….nmpk mcm beriya2 btol kerah idea utk sketsa ni…hmmm…nmpk gayenye Proton kene la keluarkan peraduan menulis skrip plak lepas ni…..mesti bole dpt byk penyertaan…maklumlah…semua org kan terer sgt bab2 kete proton ni….


  • Jgn risau, GCC hanya akan bersaing dgn myvi..bukan kereta luar seperti jazz,fiesta,rio, upcoming i20. so harganya tak lari jauh dari lingkungan kereta perodua.


    • eloklah bukan engine direct injection..kalau baca kat web auto, banyak masalah yang masih belum berjaya diselesaikan seperti carbon deposit hasil pancutan terus petrol.

      so..sape2 yg pakai kereta enjin DI, tunggu 3-4 tahun untuk mendapat “hasilnya” sekiranya ia tidak disenggara dgn baik dan menggunakan minyak enjin yg sesuai.


  • harga dalam 70k lebih, nak fight ngan GSC harga 50k, ramai goyang kot…GSC kene rendahkan lagih harga kalo tak nak direct competition….

Leave a Reply