ARKIB

KATEGORI

Buletin

Audi A6 kini dipertingkatkan

Views

Enhanced Audi A6 - 2

Euromobil Sdn Bhd, pengedar dan pengimport rasmi jenama Audi di Malaysia kini menawarkan versi baharu Audi A6 2.0 TFSI® yang dipertingkatkan dengan ciri-ciri baharu seperti lampu hadapan LED sepenuhnya, MMI® Navigation plus with MMI® touch dan sistem parkir Audi bersama kamera undur. Ia turut dilengkapi dengan rim aloi lima bilah V yang dinaiktaraf kepada 18-inci, berbanding 17-inci pada model terdahulu.

Jumlah keseluruhan kos untuk tingkat taraf  tersebut adalah berjumlah RM46,600, namun Euromobil menawarkannya pada RM30,000 sahaja dengan penjimatan sebanyak RM16,600. Versi naik taraf ini kini hadir dengan tag harga terbaru RM375,000 di atas jalan (model sebelumnya RM345,000).

Audi A6 baharu ini dijana oleh enjin 2.0 liter TFSI® empat-silinder pengecas turbo dengan suntikan bahan api terus mampu mengerah 180 kuasa kuda dan 320 Nm daya kilasan. Ia dipadankan bersama kotak gear 8-kelajuan multitronic. Walaupun dengan kuasa yang mengagumkan, ia merupakan model terbaik dalam penjimatan bahan api dalam kelasnya dengan hanya 6.4l untuk 100km.

Ini adalah hasil daripada badan aluminium hibridnya yang telah mengurangkan beratnya sekitar 15% berbanding dengan penggunaan besi konvensional selain teknologi Audi Innovative Thermal Management dan Energy Recuperation System.

Sistem Audi Drive Select yang boleh menyesuaikan sistem steering, pendikit dan tetapan transmisi boleh dihidupkan antara empat mod, Auto, Comfort, Dynamic dan Efficiency untuk disesuaikan dengan pelbagai gaya pemanduan. Audi A6 yang dipertingkatkan kini boleh dipandu uji di semua bilik pameran Euromobil seluruh negara.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply