ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia perkenal minyak enjin baharu SP Grade

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia memperkenalkan barisan minyak enjin baharu, SP Grade yang memberikan perlindungan dan prestasi enjin yang optima, khusus untuk pemilik kereta Honda.

Minyak enjin ini memenuhi kehendak enjin kenderaan masa kini dan membolehkan enjin Honda memberikan prestasi lebih stabil dan penjimatan bahan bakar di samping memanjangkan hayat enjin.

Minyak enjin SP Grade ini akan menggantikan barisan SN Grade sedia ada kecuali untuk SN 0W-30 Sintetik-Penuh yang masih ditawarkan untuk kereta dengan enjin berprestasi tinggi seperti Civic Type R.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Berikut adalah senarai minyak enjin SP Grade yang ditawarkan:

Minyak enjin sedia ada Minyak enjin baharu
SN 10W-30 Mineral SP 10W-30 Mineral
SN 5W-30 Separa-SintetikSP 5W-30 Separa-Sintetik
SN 0W-20 Sintetik-PenuhSP 0W-20 Sintetik-Penuh
SN 0W-30 Sintetik-Penuh

Ia sesuai untuk digunakan pada kebanyakan enjin petrol dan turbocas, serta diluluskan dan disyorkan oleh Honda Research & Development (R&D). Minyak enjin baharu ini diformulasikan untuk memenuhi semua keperluan enjin Honda dan memenuhi piawaian terkini yang dikeluarkan oleh American Petroleum Institute (API).

Ia meningkatkan perlindungan terhadap pra-pencucuhan kelajuan rendah (LSPI), fenomena pembakaran tidak normal yang boleh menyebabkan kerosakan ketara pada enjin. Minyak enjin SP Grade juga didatangkan dengan perlindungan kehausan rantai sawat pemasa bagi meminimumkan pemanjangannya.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Sebagai tambahan kepada perlindungan mendapan suhu tinggi yang lebih baik untuk omboh dan pengecas turbo, ia menyediakan kawalan enapcemar dan varnis yang lebih baik, tren injap dan perlindungan kehausan pengangkat kemasukan, kestabilan pengoksidaan yang lebih tinggi serta perlindungan sistem kawalan emisi.

Selain itu, penggunaan minyak kelikatan rendah seperti SP 0W-20 Fully-Synthetic membolehkan enjin memaksimumkan kecekapan sambil memberikan perlindungan peringkat tinggi untuk komponen enjin utama.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi mana-mana 102 pengedar sah Honda seluruh negara atau hubungi talian Bebas-Tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my atau memuat turun aplikasi HondaTouch.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply