ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tidur di atas jambatan landasan, seorang remaja maut digilis kereta api

Berita Tempatan

Views

Tindakan dua remaja yang tidur di atas jambatan landasan kereta api di Kampung Tiong, dekat Gua Musang, mengundang tragedi apabila seorang daripadanya meninggal dunia selepas digilis kereta api, hari ini.

Menurut Harian Metro, dalam kejadian 5.30 pagi itu, mangsa, Mohamad Azwan Syhmin Md Yusoff, 18, diseret kira-kira 30 meter oleh kereta api yang dalam perjalanan dari Kuala Lipis ke Tumpat dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo berkata, sebelum kejadian mangsa bersama rakannya dipercayai tidur di atas jambatan landasan kereta api itu.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Katanya, sebaik melihat ada orang tidur di atas landasan, pemandu kereta api yang melalui laluan itu membunyikan hon, namun mangsa tidak sempat bangun.

Bagaimanapun, rakannya tersedar dan lari menyelamatkan diri sebaik melihat kereta api semakin dekat. Beliau berkata, hasil pemeriksaan polis mendapati separuh badan mangsa hancur kerana digilis kereta api itu.

Tambahnya, jarak lokasi mangsa tidur dengan mayatnya dijumpai lebih kurang 30 meter. Susulan kejadian itu, pemandu kereta api terus melaporkan kejadian kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan polis untuk tindakan lanjut.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau menasihatkan penduduk yang tinggal berhampiran landasan kereta api supaya berhati-hati memandangkan kawasan itu berisiko dan berbahaya.

Pihaknya juga mengingatkan penduduk supaya tidak menjadikan jambatan dan landasan kereta api sebagai tempat melepak atau tidur pada waktu malam.

Pada masa yang sama, ibu bapa atau penjaga diharapkan sentiasa memantau pergerakan anak bagi menjamin keselamatan masing-masing.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply