ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia perkenal varian baharu, City V-SENSING – Harga RM90,212.36

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini memperkenalkan varian baharu sedan segmen-Bnya, iaitu City V-SENSING. Ditawarkan dalam varian Asiprasi Alami (NA), City V-SENSING emrupakan varian kedua selepas City RS e:HEV yang ditawarkan dengan Honda SENSING.

Varian baharu ini turut menampilkan panel meter TFT bersaiz 7-inci bagi membekalkan palbagai informasi buat pemandu.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo, pengenalan varian baharu ini memberikan lebih pilihan buat pelanggan dan secara keseluruhan, ada lima varian City yang ditawarkan di pasaran.

Harga yang ditawarkan bagi varian ini adalah RM90,212.36 (atas jalan tanpa insurans dan termasuk pengecualian SST sehingga 30 Jun 2022).

City V-SENSING dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan bantuan pemandu antaranya:

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Sistem Brek Hinda Kemalangan (CMBS)
  • Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Mitigasi Tersasar Jalan (RDM)
  • Amaran Berlepas Lorong (LDW)
  • Suluhan Lampu Tinggi Automatik (AHB)

City V-SENSING dijana oleh enjin 1.5L DOHC i–VTEC yang digandingkan bersama dengan transmisi CVT yang menghasilkan 121PS dan daya kilas maksima 145Nm. City V-SENSING turut dilengkapi dengan paddle shift,  ciri Hidup Enjin Kawalan Jauh, enam beg udara dan Honda LaneWatch.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply