ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rekod jualan dan pengeluaran bulanan Perodua pada Oktober diiktiraf Malaysia Book of Record

Berita Tempatan

Views

Perodua mendaftarkan 27,858 kenderaan pada Oktober 2021, yang mana rekod terdahulu dicatatkan tepat pada 12 bulan sebelumnya dengan 26,848 kenderaan dijual pada Oktober 2020, yang mana turut disenaraikan dalam Malaysia Book of Record.

Rekod baharu ini tercatat dengan peningkatan pengeluaran dan penghantaran kenderaan yang pantas kepada para pelanggan kerana pengeluar kereta kompak tersebut mensasarkan untuk menghantar sebanyak mungkin kenderaan pada suku keempat 2021.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, pencapaian ini adalah komitmen mereka terhadap para pelanggan dan ianya mewakili peningkatan sebanyak 90.67 peratus daripada 14,160 unit yang dijual pada September 2021.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Daripada 27,858 kenderaan Perodua yang didaftarkan, 8,761 unit adalah Myvi, 5,973 unit Axia, 5,257 unit Bezza, 3,973 unit Ativa, 2,553 unit Alza dan 1,341 unit Aruz

Dari segi pengeluaran, beliau berkata Oktober 2021 juga menyaksikan jumlah kenderaan tertinggi yang pernah dikeluarkan dengan catatan sebanyak 29,803 unit dalam tempoh sebulan.

Beliau berkata pencapaian 29,803 unit itu adalah di luar kapasiti pengeluaran semasa Perodua, namun kakitangannya mampu meningkatkan produktiviti mereka dengan tahap kualiti yang sama walaupun tanpa kakitangan, peralatan atau jentera baharu.

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

Pihaknya juga sentiasa mengambil berat aspek keselamatan dan kesihatan keseluruhan operasi dengan memastikan semua kakitangan mematuhi garis panduan pencegahan COVID-19 dan pada masa yang sama memastikan mereka menjangkaui semua keperluan kualiti.

Datuk Zainal berkata, lanjutan Pengecualian Jualan Cukai yang diumumkan baru-baru ini amatlah dialu-alukan kerana ia membolehkan ekosistem automotif mempunyai lebih banyak ruang untuk pulih ekoran penutupan baru-baru ini serta mengejar permintaan.

Setakat tahun ini, Perodua mencatatkan 146,951 unit dari Januari hingga Oktober tahun ini, iaitu 14.5 peratus di bawah 171,861 yang didaftarkan pada tempoh yang sama 2020.

Tambah Datuk Zainal, pihaknya berterima kasih kepada Malaysian Book of Records kerana mengiktiraf pencapaian mereka tahun lepas dan mereka akan terus membina pengiktirafan tersebut dengan menghasilkan dan mendaftar sebanyak mungkin kenderaan pada masa akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply