ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia rai pemilik pertama City Sport Hybrid i-DCD

Views

Minggu lalu Honda Malaysia telah mengadakan satu majlis penyerahan City Sport Hybrid i-DCD kepada pemilik pertamanya di Asia Tenggara, En. Wilson Wong, bertempat di Tenaga Setia Resources Sdn. Bhd., Petaling Jaya. Penyerahan pertama itu dibuat kurang sebulan selepas ianya dilancarkan di Malaysia bersama Jazz Hybrid baharu.

Malaysia juga merupakan satu-satunya negara di luar Jepun yang memperkenalkan model-model tersebut bagi memperkaakan lagi strategi Honda Malaysia yang sedang menumpukan Teknologi Termaju Generasi Masa Depan. Model Sport Hybrid ini juga merupakan satu-satunya model hibrid yang dijual di bawah tanda harga RM90,000. Di Jepun, Honda berjaya menjual hampir 865,000 unit kenderaan Hibrid dengan sistem i-DCD.

Naib Presiden Kumpulan Honda Malaysia En. Akkbar Danial berkata, City dan City Sport Hybrid baharu telah diterima dengan baik oleh rakyat Malaysia, begitu juga dengan model-model keluaran Honda yang lain. Sejak dilancarkan pada Mac lalu, City baharu mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju dalam segmen-B dengan jualan lebih 11,000 unit hanya dalam masa empat bulan. Secara keseluruhan, lebih 260,000 unit City telah terjual sejak pengenalannya yang pertama pada tahun 2001.

Varian E City baharu meruapakan yang paling popular dengan jumlah unit yang terjual melebihi 40 peratus jualan keseluruhan, diikuti dengan varian premium V – 39 peratus dan varian S – 21 peratus. Lebih 31 peratus pembeli meminati warna Modern Steel Metallic dan White Orchid Pearl juga menjadi pilihan dengan 28 peratus.

Sebagai penghargaan kepada En. Wilson Wong, Honda Malaysia turut menghadiahkannya tiket ke perlumbaan Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix 2017 yang akan berlangsung pada bulan Oktober nanti dan pakej aksesori Modulo bernilai RM5,070. Sempena meraikan pelancaran CR-V dan penyerahan pertama City Hybrid dan Jazz Hybrid, Honda Malaysia kini sedang menganjurkan kempen T3ST DRIV3 R3WARDS yang bermula dari 18 hingga 31 Ogos 2017.

Setiap pandu uji model CR-V 1.5L Turbocharged Premium, Jazz Sport Hybrid i-DCD dan City Sport Hybrid i-DCD baharu di mana-mana 91 pengedar Honda layak secara automatik dan berpeluang untuk menjadi salah satu daripada 300 pemenang cabutan bertuah yang akan membawa pulang baucar tunai bernilai RM300 untuk setiap seorang. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, kunjungi mana-mana 91 pengedar Honda diseluruh negara atau hubungi talian Bebas Tol Honda 1-800-88-2020, atau melayari laman sesawang www.honda.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply