ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia sasar jualan 100,000 unit kenderaan tahun 2017

Views

Walaupun angka rasmi Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) untuk tahun 2016 jatuh sebanyak 13 peratus berbanding tahun sebelumnya dan menurun buat pertama kalinya bawah 600,000 dalam tempoh enam tahun kepada 580,124 unit, Honda Malaysia berjaya melepasi sasaran yang telah ditetapkan pada akhir tahun 2016 dengan jualan 91,830 unit. Pencapaian yang memberangsangkan itu diterjemahkan kepada 15.8 peratus perkongsian pasaran.

Ini merupakan perkongsian pasaran kedua tertinggi dalam operasi automobil Honda di peringkat global. Di Malaysia, peratusan itu membolehkan Honda mengekalkan posisi No. 1 dalam segmen Bukan Nasional untuk dua tahun berturut-turut. Di samping itu, jualan keseluruhan Honda juga membantu meletakkan syarikat untuk berada di kedudukan kedua dalam TIV keseluruhan buat pertama kalinya di Malaysia.

Bagi tahun 2017, Honda Malaysia sekali lagi mencabar pemikiran dan ekspektasi konvensional. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Katsuto Hayashi berkata menjangkakan TIV untuk tahun 2017 akan mencecah 600,000 unit, biarpun kebanyakan analisis menjangkakan perkembangan yang kurang baik.

Dengan jangkaan TIV 600,000 unit, Honda Malaysia telah menetapkan sasaran sebanyak 100,000 unit pada tahun ini, meningkat 8 peratus berbanding tahun lalu. Ini bagi mengekalkan posisinya selaku peneraju pasaran. Pada tahun 2016, Honda Malaysia telah melancarkan dua model baharu Civic serba baharu dan Accord baharu  dan sehingga kini, kedua-dua model itu menerajui segmen masing masing.

L-R Honda Malaysia Group Vice President Mr Akkbar Danial and Managing Director and CEO Mr Katsuto Hayashi with the New City

Civic Generasi ke-10 mencatatkan peningkatan yang mengagumkan sebanyak 165 peratus berbanding jualan model sama pada tahun 2015 dan menjadi peneraju segmen dengan penguasaan pasaran sebanyak 68 peratus dalam tempoh enam bulan sejak dilancarkan. Accord pula mengungguli segmennya menerusi jualan 2,400 unit.

Untuk tahun 2017, Honda Malaysia bakal memperkenalkan empat model baharu bermula pada Januari lalu dengan BR-V serba baharu. Bagi rangkaian produk ini, CR-V menjadi perintis dalam segmen SUV apabila menawarkan satu pakej ruang dan versatiliti yang terbaik. HR-V yang dilancarkan pada 2015  telah mencatatkan jualan hampir 25,000 unit dan menjadi model Honda yang kedua terlaris dalam jualan keseluruhan Honda tahun 2016.

BR-V mencatat penerimaan pasaran yang luar biasa dan memulakan tahun baru dengan sangat positif buat Honda Malaysia. Sebanyak 7,000 unit telah diterima dalam tempoh sebulan yang bersamaan dengan sasaran jualan selama lapan bulan model tersebut dan sasaran jualan untuk tahun pertama boleh dicapai. Melihat kepada nisbah tempahan, 83 peratus tertumpu kepada varian V yang berspesifikasi tinggi, sekali gus melepasi ekspektasi Honda Malaysia. Manakala 17 peratus lagi adalah untuk varian E.

Mulai 1 Februari 2017, Honda Malaysia telah mula tempahan City baharu yang tampil dengan ciri ciri luarannya yang baharu. City baharu mengekalkan aspek keselesaan dan ruang luas yang mendahului kelasnya serta diiktiraf sebagai Kenderaan Jimat Tenaga (EEV). City baharu dilengkapi dengan ciri ciri canggih sperti yang terdapat pada model dari segmen-C seperti Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA), butang penghidup enjin dengan sistem kemasukan pintar dan rim aloi dua tona akan ditawarkan sebagai ciri standard pada semua varian.

Rakyat Malaysia berpeluang untuk melihat City baharu secara dekat sebelum pelancaran rasminya di beberapa siri jelajah di pusat-pusat membeli belah terpilih seperti berikut:

PRATONTON CITY BAHARU DI SIRI JELAJAH DI PUSAT MEMBELI BELAH

pratonton city 1

Rakyat Malaysia juga boleh melihat City baharu yang akan bergerak dari satu bandar ke bandar lain pada setiap hari di lokasi seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah.

PRATONTON CITY BAHARU DI TRAK BERGERAK

pratonton city 2

Selain fokus kepada produk yang memberi nilai terbaik kepada wang, Honda Malaysia turut memberi penekanan terhadap aspek kepuasan pelanggan. Sejak lima tahun lalu, jualan Honda Malaysia telah mengalami pertumbuhan yang amat memberangsangkan dengan lebih 350,000 unit kenderaannya berjaya dijual.

Dengan memberi keutamaan kepada kepuasan pelanggan, Honda Malaysia sentiasa berusaha untuk memastikan setiap rakyat Malaysia dapat merasai pengalaman Joy of Buying (keseronokan membeli). Honda Malaysia yakin bahawa dengan strategi yang bagus dan semangat jitu, mereka bukan sahaja mampu mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000 unit menerusi model-model baharu yang menarik dan memberi nilai wang terbaik, malah dapat terus memenuhi ekspektasi pasaran serta mencapai kepuasan pelanggan pada tahun 2017.

KLIK UNTUK BESARKAN

16805150_10154096554257105_1775069440_o L-R Honda Malaysia Group Vice President Mr Akkbar Danial and Managing Director and CEO Mr Katsuto Hayashi with the New City New City with C-segment features at B-segment price New City with new looks on display at the Honda Media Gathering 2017

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply