ARKIB

KATEGORI

Buletin

Peugeot 208 GTi – Apa yang menarik mengenainya

Views

Minggu lalu Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia, telah memperkenalkan model terbaharu Peugeot 208 GTi. Sejak diperkenalkan pada Oktober 2013, ia menjadi salah satu model terlaris dalam kategori hot hatch di Malaysia. Untuk versi terbaharu, ia dilengkapi oleh enjin 208 hp yang sangat mengujakan dan walaupun kadar tukaran wang asing mengalami kenaikan, harga bagi model ini masih kekal kompetitif pada RM143,888 (harga di atas jalan termasuk insurans).

Apa ciri ciri menarik Peugeot 208 GTi baharu ini?

Penjana kuasa

208 GTi baharu dilengkapi enjin 1.6-liter THP (Turbo Tekanan Tinggi) yang lebih 8hp dari model sebelumnya. Enjin ini mampu menghasilkan 300 Nm tork, lebih 25 Nm berbanding model terdahulu.

Enjin ini digandingkan dengan transmisi enam-kelajuan dan kombinasi tersebut membolehkan jentera cilik ini mampu memecut dari 0-100km/h hanya dalam 6.5 saat, tiga saat lebih pantas dan mampu mencecah kelajuan tertinggi 230 km/h. Memang berdesup!

Pengendalian

208 GTi terbukti cekap, dinamik dan jitu dari segi pengendaliannya sekaligus mencegah dari understeer dan oversteer. Topang McPherson di hadapan dan rasuk kilasan (torsion beam) di bahagian belakang telah ditala bagi membolehkannya lebih tangkas dan tepat mengikut profil jalan sekaligus memberikan kepuasan yang tidak terhingga.

Rekabentuk

Muncung hadapan GTi kini lebih memikat dengan rekaan bumpar yang lebih garang dan garisan yang tepat. Jeriji hadapan yang lebih lebar serta lampu nyalaan siang LED dan lampu belakang LED yang diinspirasikan dari kesan cakaran memastikan penglihatan yang lebih baik dalam semua keadaan cuaca selain menjadikan rupa si kecil ini lebih menyerlah.

PEUGEOT_208GTi_1502PC008

Ruang kabin

Rekabentuk i-Cockpit Peugeot dengan rekaan menawan seolah-olah memanggil untuk kita berada di dalamnya. Kelompok instrumen, stereng yang lebih kompak, skrin sesentuh bersaiz tujuh inci, tempat duduk dengan kombinasi kemasan kulit Club Nappa dan fabrik Caro Weave, garisan dengan tema merah dan hitam pastinya memberikan rasa kemewahan dan menyerlahkan semangat kesukanan pada model ini.

Keselamatan

Dengan prestasi yang sebegitu, pastinya sistem brek menjadi agenda utama dalam ciri keselamatan 208 GTi. Ia dilengkapi dengan brek cakera berlubang dengan diameter 302mm di hadapan dan 249mm di belakang, yang memberikan tahap keselamatan optima dalam apa jua situasi. Selain itu 208 GTi turut dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan, Kawalan Cengkaman, ABS, EBA dan EBFD serta Program Kestabilan Elektronik (ESP) generasi baharu yang boleh mengesan tanda awal tergelincir ke tepi dan membantu untuk mengawal kenderaan.

Dari segi keselamatan pasif pula, 208 GTi dilengkapi dengan enam beg udara, tali pinggang keledar pra-tegangan, sistem amaran pemakaian tali pinggang keledar dan kolum stereng yang boleh dilipat.

Pilihan warna

Peugeot 208 GTi hanya didatangkan dengan dua pilihan warna ekslusif – Putih Digital White dan Merah Rogue.

Waranti

Nasim menawarkan waranti selama lima tahun untuk 208 GTi atau 120,000 km yang mana terdahulu. Kesemua model Peugeot models ditwarkan dengan lima tahun waranti bersama tiga tahun percuma servis Peugeot Roadside Assistance 24-jam, akses ekslusif ke Peugeot Lounge di Lapangan Terbang Subang dan keahlian Peugeot Privilege.

KLIK UNTUK BESARKAN

PEUGEOT_208GTi_1502PC006 PEUGEOT_208GTi_1502PC007 PEUGEOT_208GTi_1502PC008

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply