ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia sasar jualan 95,000 unit tahun 2024, bakal lancar dua model baharu

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini mengumumkan hala tuju perniagaan tahun 2024 dengan matlamat mencapai sasaran jualan sebanyak 95,000 unit dengan pegangan pasaran 12.8 peratus, yang merangkumi pelancaran dua model baharu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, meskipun menghadapi cabaran pada tahun 2023 pihaknya masih mengekalkan kedudukan nombor satu dalam Segmen Kenderaan Penumpang Bukan Nasional untuk tahun kesepuluh berturut-turut sejak 2014.

Tambah beliau, pihaknya berjaya mencapai sasaran jualan tahun lalu sebanyak 80,000 unit dan ia diterjemahkan menerusi pengenalan model WR-V, City dan CR-V serba baharu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Selain itu, teknologi e:HEV turut membuktikan popularitinya dengan menyumbang sebanyak 28 peratus daripada jualan keseluruhan kenderaan hibrid tahun 2023 di Malaysia.

Bagi tahun 2024, Honda Malaysia akan memberi lebih tumpuan kepada teknologi e:HEV di pasaran bagi memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa berubah.

 

Syarikat juga akan melaksanakan pelbagai aktiviti perniagaan bagi meningkatkan momentum jualan, termasuklah meningkatkan aktiviti prospek, memperluas kempen jualan kolaboratif, dan mempromosikan manfaat pelan Insurans Automotif komprehensifnya iaitu Honda Insurance Plus (HiP).

Aplikasi HondaTouch pula akan terus diberi penekanan dan syarikat sedang memperluaskan rangkaian Honda Certified Used Car (HCUC) kepada 32 pusat jualan di seluruh negara bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam pasaran kereta terpakai.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Bermula dari 16 hingga 18 Mac 2024, satu kempen istimewa akan diadakan di semua 32 pusat jualan yang akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik serta menawarkan rebat bernilai sehingga RM1,000*.

Dari segi perkhidmatan selepas jualan, Honda Malaysia tetap komited untuk meneruskan transformasi dan peningkatan Pusat Servis Honda kepada Pusat Sehenti bagi menyediakan keselesaan maksimum buat pelanggan.

Menerusi hala tuju tersebut, Honda Malaysia yakin dapat mencapai sasaran jualan tahun ini dan mahu menjadikan tahun 2024 sebagai tahun yang mencabar untuk syarikat dan juga pasaran.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply