ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda panggil 143,970 unit kenderaan untuk pemeriksaan!

Views

01-Honda-Jazz-S_Front

*Foto hiasan

Susulan isu beg udara Takata baru-baru ini, Honda Malaysia mengumumkan 143,970 unit modelnya – City (Tahun pembuatan 2006-2012), Civic (2006-2011), Civic Hybrid (2007-2011) CR-V (2007-2011), Insight (2011-2012), Jazz (2009-2012) dan Stream (2007-2012), perlu menjalani pemeriksaan semula sebagai langkah untuk melindungi keselamatan pelanggan.

Langkah proaktif tersebut bertujuan untuk memastikan keselamatan pengguna dan kami memohon maaf atas segala kesulitan. Pemeriksaan semula ini dilakukan bagi membolehkan pengepam beg udara bahagian hadapan pemandu ditukar dengan pengepam baharu. Honda juga memaklumkan pemeriksaan semula tidak melibatkan semua model semasa yang dijual ketika ini.

Kerja penggantian itu akan dilakukan apabila semua alat ganti tersedia, dan kos alat ganti dan buruh akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia. Untuk maklumat lanjut pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol Honda 1-800-88-2020 atau layari laman sesawang rasmi www.honda.com.my atau boleh juga terus ke pengedar sah Honda yang berhampiran.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply