ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda umum harga rasmi City RS e:HEV – Bermula dari RM105,950

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini secara rasminya mengumumkan harga jualan Honda City varian RS e:HEV, bermula dari RM105,950.45. Model ini telah membuat pengenalan global pertamanya di Malaysia dan dilengkapi dengan pakej lengkap Honda SENSING dan menjadi model pertama yang ditawarkan dengan aplikasi Teknologi Telematik pintar, dikenali sebagai Honda CONNECT.

City RS e:HEV dikuasakan oleh penjana hibrid Pelbagai-Mod Pemanduan (i-MMD) yang merupakan kombinasi motor elektrik dan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC. Gandingan ini mampu yang menghasilkan output sehinga 109 PS dan 253 Nm daya kilas yang dipadankan pula dengan transmisi, e-CVT.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

Dari segi penampilan luaran, varian City RS e:HEV dihiasi dengan jeriji kemasan hitam berkilat, jeriji depan bawah eksklusif, rekaan bampar belakang baharu dengan diffuser, spoiler belakang dan cermin sisi kemasan hitam berkilat.

Lampu depan baharu, lampu siang, lampu kabus dan lampu belakang baharu jenis LED serta rim aloi kemasan dwitona 16-inci pula melengkapi penampilan dinamiknya. Di dalam kabin, ia menampilkan kemasan yang rasa premium dan canggih dengan paparan meter digital (TFT), paparan infohiburan bersaiz 8-inci dengan sambungan Apple CarPlay and Android Auto, pad injak pemecut sport, kemasan tempat duduk Ultrasuede dan jahitan benang merah.

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Model ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan tercanggih dan paling lengkap dalam segmen-B, iaitu Honda SENSING yang terdiri daripada:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Sistem Brek Hindar Perlanggaran (CMBS)
  • Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Penghindar Terbabas (RDM)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Lampu Tinggi Automatik (AHB)

Ia turut dilengkapi dengan Honda LaneWatch yang membantu memantau titik buta menerusi sistem infohiburan, ciri menghidupkan enjin secara kawalan jauh, Brek Parkir Elektronik (EPB), enam beg udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Isyarat Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan ISOFIX.

Model ini ditawarkan dengan tiga pilihan warna menarik, yang terdiri daripada Passion Red Pearl, Modern Steel Metallic dan Platinum White Pearl.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> Optimus PrimeINTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply