ARKIB

KATEGORI

Buletin

HTAR terima sebuah bas coaster sumbangan Ebit Lew dan Pertubuhan Kasih Umat

Berita Tempatan

Views

Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang menerima sebuah bas coaster yang disumbangkan oleh badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Kasih Umat yang dimiliki oleh pendakwah terkenal, Ebit Lew pada Sabtu.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Menurut Sinar Harian, HTAR menerusi satu hantaran di Facebook pada petang tadi memaklumkan penyerahan bas tersebut disampaikan oleh Ebit kepada Timbalan Pengarah Perubatan (III), Dr Md Razis Ramli dan Timbalan Pengarah Pengurusan mewakili Pengarah HTAR, Chandran V.Periasamy.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Hantaran tersebut berkata, pihak HTAR mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ini. Tambahnya, segala sokongan dan keprihatinan pihak NGO kepada HTAR amatlah dihargai. Dalam perkembangan lain, Ebit turut membuka sebuah rumah transit bagi kemudahan pesakit kanser di Titiwangsa, Kuala Lumpur pada hari ini.

Katanya, pusat transit yang dinamakan Rumah Kasih Umat itu disediakan secara percuma untuk pesakit kanser yang perlu berulang-alik mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan di pusat kesihatan sekitarnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ebit Lew

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply