ARKIB

KATEGORI

Buletin

Profesor Universiti Harvard ini kata UFO adalah dron makhluk asing untuk mengintip Bumi

Berita Global

Views

Seorang profesor Universiti Harvard di Massachusetts mendakwa bahawa objek terbang tidak dikenali (UFO) mungkin merupakan alat kepintaran buatan (AI) daripada peradaban makhluk asing yang mengintip Bumi, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut K! ONLINE, Profesor Avi Loeb yang merupakan pakar astrofizik Universiti Harvard telah melancarkan misi baharu bagi mencari jawapan adakah manusia bersendirian di alam semesta.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Loeb terkenal pada 2018 selepas beliau mendakwa bahawa objek angkasa Oumuamua yang terbang melintasi Bumi mungkin merupakan serpihan angkasa milik makhluk asing.

Katanya, ia mungkin merupakan sesuatu yang berasal dari luar Bumi. Kebanyakan bintang terhasil sebelum matahari iaitu berbilion-bilion tahun lalu. Bayangkan satu peradaban yang mendahului kita satu bilion tahun.

Tambah Loeb, sudah cukup masanya untuk makhluk asing menghantar kapal angkasa dengan kecerdasan buatan ke dunia yang bersifat autonomi.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Perkara itu diperlukan kerana jarak antara bintang adalah terlalu jauh dan saya dapat bayangkan peralatan yang diletakkan oleh peradaban itu berbilion-bilion tahun yang lalu. Ujar beliau, anda hanya memerlukan satu peradaban dan itu sudah cukup untuk mengisi seluruh galaksi dengan replikasi sendiri yang dilengkapi teknologi AI.

Kenyataan Loeb muncul selepas laporan UFO daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menolak untuk menafikan kewujudan makhluk asing. Pentagon berkata UFO yang dikesan oleh Tentera Laut AS tidak boleh dijelaskan dan Loeb menyifatkan penemuan tersebut adalah penemuan kecil daripada sesuatu yang lebih besar.

Pakar itu menuduh jawatankuasa saintifik sebagai ‘mengelak’ daripada masalah tersebut serta menyembunyikannya daripada masyarakat dunia sejak lebih 60 tahun lalu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply