ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai Santa Fe facelift 2023 akan dipasang di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Akaun LinkedIn, Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. baru-baru ini memaklumkan, Sime Darby Hyundai Integrated Sdn Bhd (SDHI) telah menandatangani Pensijilan Pengeluaran Besar-besaran (Certificate of Mass Production) bersama dengan Inokom Corporation Sdn Bhd untuk memasang model Hyundai Santa Fe facelift.

Kolaborasi terbaharu ini merupakan adalah bukti komitmen bersama pihak syarikat untuk mengukuhkan ekosistem automotif tempatan dan untuk terus menyampaikan nilai kepada pelanggan mereka.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Pengarah Urusan Hyundai-Sime Darby Motors, Low Yuan Lung, telah menandatangani dokumen tersebut bagi pihak SDHI, sekali gus menandakan permulaan perjalanan yang menarik ini.

Santa Fe facelift 2023 ini merupakan model generasi keempat yang telah pun diperkenalkan di pasaran global sejak Jun 2020 sebagai model pengeluaran 2021.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Model ini dibangunkan dari pelantar N3 dan ia dijangka akan ditawarkan dengan dua pilihan enjin untuk pasaran tempatan. Salah satunya adalah enjin petrol aspirasi alami (NA) 2.4-liter yang menjana 172 PS dan 225 Nm daya kilas.

Satu lagi pilihan enjin adalah dari unit diesel 2.2 liter CRDi yang menghasilkan 193 PS dan 440 Nm daya kilas. Untuk versi petrol, ia  gandingkan bersama transmisi 6-kelajuan automatik, manakala versi diesel dipadankan dengan transmisi 8-kelajuan automatik.

Ia juga ditawarkan dengan pilihan pacuan sama ada dua roda atau empat roda, bergantung kepada varian. Nantikan pengumuman terkini mengenai Santa Fe facelift yang akan dipasang di Kulim ini dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply