ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Saga pasang siren serah diri, katanya ada kecemasan keluarga

Berita Tempatan

Views

Seorang penganggur ditahan selepas mengaku memandu sebuah kereta menggunakan siren yang dipandu secara melulu dalam kejadian di Jalan Serdang Perdana, Seri Kembangan, di Serdang, pada 2 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, lelaki berusia 22 tahun itu ditahan ketika hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang kira-kira jam 4 petang, semalam.

Jelas beliau, semasa tampil menyerah diri, lelaki itu mengaku memandu kereta Proton Saga yang menggunakan siren terbabit seperti ditularkan di media sosial, baru-baru ini.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Hasil siasatan dilakukan mendapati suspek yang tinggal di Nilai, Negeri Sembilan meminjam kereta terbabit dari rakannya di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Suspek mendakwa meminjam kereta berkenaan daripada rakannya berusia 30 tahun kerana mendakwa ada hal kecemasan membabitkan keluarga.

Anbalagan berkata, kereta berkenaan adalah milik ibu kepada rakannya itu yang berusia 65 tahun yang juga seorang peniaga di Port Dickson.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Keterangan semua pihak yang terbabit sudah diambil dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Kereta terbabit juga sudah dirampas untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan polis sedang mengesan pemandu kereta Proton Saga yang menggunakan siren dan dipandu secara berbahaya di lokasi berkenaan pada 2 Oktober lalu.

Anbalagan dipetik berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi 48 saat menunjukkan aksi kereta itu dipandu secara melulu dengan mencelah kenderaan lain yang tular di media sosial, baru-baru ini. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply