ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai siar foto acah pertama Elantra N

Berita Global

Views

Hyundai telah menyiarkan dua foto acah pertama model sedan berprestasi tinggi, Elantra N. Pengeluar dari Korea Selatan itu telah mula menayangkan model tersebut sejak September tahun lalu, menerusi beberapa siri foto model prototaip yang masih berceloreng.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Menerusi dua foto acah ini, kita dapat melihat imbasan awal model tersebut yang dicat dengan warna Performance Blue bersama kemasan jejalur merah di sepanjang skirt sisi dan diffuser belakang. Di bahagian belakang juga kita dapat melihat corong ekzos kemasan krom berilat berbentuk bulat dan spoiler bertiang dengan kemasan hitam.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Satu lagi foto acah mendedahkan rekaan rim aloi dengan kemasan dwitona yang dibalut dengan tayar Michelin Pilot Sport. Turut kelihatan angkup brek dengan kemasan merah yang manmpilkan logo N. Difahamkan Hyundai Elantra N ini akan dikuasakan oleh enjin 2.0-liter turbo empat silinder yang mampu mengerah 275 kuasa kuda.

Pemilik jentera ini boleh memilih transmisi kegemaran mereka, sama ada enam-kelajuan manual atau pun lapan-kelajuan dwi-cekam. Buat masa ini, Hyundai masih lagi membisu mengenai tarikh pelancarannya, namun mereka berjanji akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai model tersebut dalam masa beberapa minggu lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286kElantran

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply