ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai tayang foto acah model minivan, Custo

Berita Global

Views

Hyundai telah mula menyiarkan foto acah model minivan terbaharu mereka, Custo yang tampil dengan rekaan yang agak berbeza berbanding model dalam kelasnya. Dalam foto acah ini kita dapat melihat imbasan reka bentuk Custo dari pelbagai sudut.

Dari depan, ia menampilkan rekaan wajah keluarga baharu Hyundai yang seiras oleh model SUV, Tucson dan Santa Cruz. Di bahagian sisi, ia banyak menggunakan kombinasi garisan tajam dan bersudut.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Paling mencuri tumpuan adalah bahagian belakang, dengan rekaan lampu belakang LED yang bersambung membentuk jejalur cahaya.

Agak malang, sebenarnya imej sebenar model Custo ini telah pun tertiris lebih awal, hampir setahun lalu. Imej tersebut menunjukkan prototaip Custo berwarna putih berada di kawasan parkir tanpa sebarang pelitup celoreng.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Custo akan dihasilkan menerusi usahasama Beijing Hyundai di China antara pengeluar dari Korea Selatan itu dengan BAIC Motor. Dari segi dimensi, Custo berukuran 4,950 mm panjang, 1,850 mm lebar dan 1,734 mm tinggi.

Dilaporkan Custo akan ditawarkan dengan pilihan enjin 1.6-liter turbocas yang mampu menjana 170 kuasa kuda dan enjin 2.0-liter turbocas empat silinder yang menghasilkan 236 kuasa kuda.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply