ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bawa muatan balak secara berbahaya dan tak ikut garis panduan – Enam lori diarah berpatah balik

Berita Tempatan

Views

Enam lori yang membawa muatan kayu balak diarah berpatah balik ke pusat pengumpulan bagi menyusun semula balak yang dibawa mengikut garis panduan ditetapkan.

Sinar Harian melaporkan, Timbalan Pengarah Perhutanan (Operasi) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Dr Grippin Akeng berkata, arahan itu diberikan selepas mengesan lori terbabit membawa muatan balak secara berbahaya dan gagal patuhi garis panduan ditetapkan.

Menurutnya, garis panduan berkaitan muatan kayu balak setiap lori balak telah disediakan membabitkan saiz panjang dan ketinggian serta susunan.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Kata beliau, pihaknya telah menjalankan operasi semakan pematuhan muatan balak selama dua hari di daerah Rompin dan Jerantut. Sebanyak 35 lori balak telah dijalankan pemeriksaan dan enam daripada jumlah itu tidak mematuhi garis panduan ditetapkan.

Oleh itu, pihaknya telah mengarahkan enam lori balak ini untuk berpatah balik ke pusat pengumpulan bagi membolehkan mereka menyusun semula hasil balak terbabit. Operasi semakan pematuhan muatan balak itu turut disertai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Ketua Penolong Pengarah (Penguat kuasa) JPNP, Nor Azirim Ahmad.

Grippin menjelaskan, peraturan yang ditetapkan bertujuan untuk keselamatan bukan sahaja kepada pemandu lori balak tetapi turut membabitkan pengguna jalan raya yang lain.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Katanya, pemandu lori balak perlu mengikut peraturan ditetapkan bagi mengelak berlaku sebarang masalah ketika membawa muatan balak. Tambahnya, sepanjang pemeriksaan dan pemerhatian, masih lagi terdapat pemandu lori balak yang bersikap degil dalam mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

Justeru, pihaknya akan terus mengadakan operasi bersepadu dengan JPJ dalam usaha mengesan pemandu lori balak yang tidak mengikut peraturan ditetapkan.

Selain itu, beliau berkata, poster turut diedarkan kepada balai pemeriksaan hutan berkaitan panduan muatan dan pengangkutan kayu balak serta tatacara bagi pengeluaran kayu jaras, sisa kayu dan kayu api yang perlu dipatuhi terutama oleh pemandu lori balak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply