ARKIB

KATEGORI

Tular

Ikat dan belasah pemandu Proton Saga sehingga mati, lima lelaki ditahan

Tular

Views

Lima lelaki ditahan kerana disyaki memukul seorang pemandu kereta sehingga mati selepas kemalangan, di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang, semalam.

Terdahulu, polis menerima maklumat pada jam 9.20 malam mengenai satu kemalangan sebelum anggota trafik yang ke lokasi mendapati sebuah kereta jenis Proton Saga dipercayai terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan di situ.

Anggota turut menemukan pemandu kereta terbabit berada dalam keadaan terbaring di atas jalan, dan hasil pemeriksaan mendapati ada kesan pada pergelangan tangannya seperti bekas ikatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata pasukan perubatan yang hadir ke lokasi bersama ambulans kemudian mengesahkan pemandu itu sudah meninggal dunia, manakala hasil semakan mendapati mangsa adalah lelaki tempatan berusia 42 tahun.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, turut hadir di lokasi. Hasil siasatan mendapati saksi penghuni kawasan perumahan itu mendakwa selepas kereta dipandu mangsa terbabas, dia ditarik keluar dari kereta oleh sekumpulan lelaki sebelum dipukul.

“Kemudian, (saksi mendakwa) tangan mangsa diikat sambil terbaring di tengah jalan berhampiran kenderaan. Apabila kenderaan Peronda Polis tiba di lokasi kejadian, semua individu yang berada di situ sudah beredar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, beliau berkata, sepasukan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman hadir di lokasi untuk menjalankan pemeriksaan lanjut.

Beberapa sampel ‘calitan’ darah dan kesan cap jari diambil, manakala dua utas gumpalan tali berwarna hijau dan coklat di lokasi turut dirampas bagi membantu siasatan.

Hasil maklumat dan risikan siasatan, pihaknya berjaya menahan lima lelaki tempatan berusia antara 22 hingga 52 tahun pada jam 2.05 pagi tadi di sekitar kawasan Semenyih serta Beranang yang disyaki ada kaitan.

Mohd Zaid berkata, kesemua suspek direman lima hari bermula hari ini hingga 25 Februari untuk membantu siasatan.

Pihaknya masih menyiasat motif sebenar kejadian itu kerana ada yang mendakwa ia berpunca daripada satu kemalangan lain membabitkan mangsa di sebuah lokasi berhampiran.

Mangsa dikata melarikan diri dari tempat kemalangan pertama dan dikejar orang awam hingga ke Taman Pelangi Semenyih 2 sehingga kenderaannya terbabas.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Bagaimanapun setakat ini, belum ada mana-mana pihak tampil membuat laporan polis berkenaan kemalangan pertama yang didakwa membabitkan mangsa.

Mohd Zaid berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh, manakala polis trafik turut membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang, Asisten Superintendan Redzuan Mat Salleh, melalui talian 013-7854100 bagi membantu siasatan.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kajang, Inspektor Ammar Tahir (018-2194013).

Terdahulu, satu rakaman video tular berhubung insiden itu dengan mangsa didakwa melarikan diri dari tempat kejadian selepas melanggar seorang penunggang motosikal di sebuah persimpangan lampu isyarat berhampiran. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Joekim Mako

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply