ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lancar promosi keselamatan sempena Tahun Baru Cina

Views

Sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba pada awal bulan Februari nanti,  Proton telah melancarkan kempen keselamatan dan promosi pakej khidmat lepas jualan. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelanggan terutama sekali yang akan menempuhi perjalanan yang jauh dan memastikan kenderaan mereka selamat menuju ke kampung halaman masing-masing.

Promosi tersebut kini telah pun bermula dan akan berakhir pada 31 Mac 2016. Ini melibatkan semua pusat servis Proton di seluruh negara. Pemilik kenderaan Proton disarankan untuk memeriksa Proton mereka terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan ke destinasi yang akan dituju.

Proton menawarkan pemeriksaan 30-titik percuma kepada semua pemilik kenderaan Proton dan pemeriksaan tersebut merangkumi komponen sistem brek, talisawat pemasa (timing belt), pengelap silikon (silicone wipers), klac, penyerap hentak dan bateri. Pelanggan juga turut ditawarkan diskaun sehingga 20 peratus untuk alat ganti terpilih. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, anda boelh melayari laman web Proton Edar atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Proton di talian 1-800-888-398.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply