ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

IMPRESI ARTIS: Gambaran 3D Proton Saga MC3@AMA01 versi Idiyaz Baharuddin

Impresi Artis

Views

Agak lama juga kita tidak melihat rekaan imej janaan 3 Dimensi (3D), hasil karya sahabat kami, Idiyaz Baharuddin kan? Kali ini Idiyaz kembali untuk cuba memberi gambaran awal Proton Saga MC3@AMA01 secara 3D.

Menurut Idiyaz, Saga MC3@AMA01 versi 3D tersebut telah pun dihasilkan berpandukan foto-foto intip yang ada pada ketika ini.

Jika dilihat pada foto-foto intip yang ada, sebahagian besar rekaan model semasa Saga MC2 masih lagi dikitar semula dan perubahan hanya diilihat pada bahagian hadapan dan juga belakang.

Wajah baharu Saga MC3@AMA01 versi Idiyaz ini menampilkan rekaan hud, lampu utama, kemasan jeriji ‘Infinite Weave‘, bampar dan juga dapra (fender) gaya baharu.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?

Di belakang, Idiyaz telah mengolah kembali rekaan but, lampu jenis LED dengan jejalur LED yang bersambung (seperti model S70), bampar dan dapra (fender).

Namun begitu, rekaan sisi serta profil garis bumbung masih lagi kekal. Idiyaz juga telah menghasilkan rekaan rim serba baharu kemasan dwitona untuk Saga MC3@AMA01.

Idiyaz berkata, beliau masih lagi dalam proses untuk menghasilkan rekaan kabin untuk Saga MC3@AMA01 versi 3D ini.

Seperti yang telah kita ketahui, Saga MC3@AMA01 akan menggunakan pelantar AMA yag berasaskan pelantar model semasa yang telah dipertingkatkan.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Ia bakal ditawarkan dengan empat pilihan varian, bermula dari varian asas (Standard) hingga ke varian mercu (Flagship).

Varian-varian ini didatangkan dengan pilihan transmisi yang berbeza, dua varian dengan transmisi automatik 4-kelajuan, manakala baki dua varian lagi akan menggunakan transmisi CVT.

Sedan segmen-A ini bakal dijana oleh enjin 1.5 liter empat silinder aspirasi alami (NA) ini mampu menghasilkan 110 kuasa kuda dan 136 Nm daya kilas.

Buat pertama kalinya, model Saga baharu ini bakal dilengkapi dengan unit kamera untuk sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) pada cermin hadapan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply