ARKIB

KATEGORI

Buletin

Individu dikompaun RM5,000 gara-gara keluar lebih 10 km dari kediaman

Tular

Views

Kedegilan seorang individu melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 mengundang pada apabila dia dikenakan kompaun sebanyak RM5,000.

K! ONLINE melaporkan, menerusi foto notis kompaun yang dimuatnaik di media sosial hari ini, individu berkenaan didakwa melakukan kesalahan keluar dari kediamannya melebihi 10 kilometer (km).

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Tampoi, susur keluar ke Jalan Tebrau, di Johor Bahru pada pukul 11.59 malam, 1 Jun lalu. Atas perbuatan itu, dia dikenakan kompaun mengikut Peraturan 16 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998.

Perkongsian berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet sama ada menyokong tindakan pihak berkuasa atau sebaliknya mempersoal pemberian kompaun itu. Namun majoriti daripadanya mempersoalkan mengapa individu terbabit berada di luar rumah pada masa berkenaan kerana tiada pejabat yang beroperasi pada waktu itu.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Ada antara mereka turut mempersoalkan adakah individu dikompaun itu berada di luar rumah pada masa berkenaan untuk melakukan kegiatan tidak baik seperti jenayah.

Ramai juga yang mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa kerana bertugas tanpa mengira masa dalam memastikan masyarakat terus mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan dalam memerangi pandemik COVID-19.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain mengesahkan kejadian itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply