Berita Harian hari ini melaporkan, sekurang-kurangnya 55 model dan varian baharu termasuk versi yang dinaik taraf bakal dilancarkan pada tahun ini, dengan sebahagian besarnya merupakan kenderaan cekap tenaga (EEV). Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Datuk Madani Sahari, berkata pengenalan model baharu dan dipertingkatkan tahun ini menunjukkan impak positif industri automotif negara.
Kesedaran pengguna mengenai kelebihan memiliki EEV juga turut meningkat dan ia membawa daya tarikan positif bagi pengeluar kereta untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada rakyat Malaysia. Di bawah Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP 2014), kerajaan menetapkan sasaran untuk membangunkan Malaysia sebagai hab automotif serantau bagi EEV.
Berdasarkan amalan antarabangsa, EEV ditakrifkan sebagai kenderaan yang memenuhi spesifikasi yang ditetapkan bagi penggunaan bahan bakar secara lebih cekap dan pelepasan bahan asap, termasuk kenderaan konvensional cekap tenaga, hibrid, kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan berbahan bakar alternatif seperti gas asli mampat, gas petroleum cecair, biodiesel, etanol, hidrogen dan sel bahan api.
JOM BACA >> PANAS : Imej belakang Proton Iriz MC2 tertiris!
Sebagai negara yang memeterai WP29 (World Forum for Harmonisation of Vehicle Regulations), model terbaharu yang bakal diperkenalkan akan dilengkapi ciri keselamatan terkini yang turut ditawarkan pada kenderaan mampu milik bermula tahun lalu. Model kenderaan utiliti sukan (SUV) dijangka menjadi perhatian tahun ini. Pemain tempatan seperti Proton telah melancarkan X70 pada bulan lalu manakala Perodua pula bakal melancarkan Aruz dalam masa terdekat.
Segmen SUV dijangka terus menjadi antara segmen pilihan pelanggan di Malaysia, apabila kebanyakan peserta industri dilihat bakal berlumba-lumba memperkenalkan model baharu tahun ini. Selain Proton X70 dan Perodua Aruz antara SUV jenama lain yang bakal dilancarkan nanti termasuklah Honda HR-V RS, Hyundai Sanfe Fe, Kona dan model sedan Elantra, Haval H9 dan SUV kompak Lexus UX 200. Selain itu beberapa model sedan dan kompak terbaharu seperti KIA Cerato, Picanto GT Line, Ford Mustang serba baharu dan Lexus ES akan turut dilancarkan tahun ini.
JOM BACA >> INTIP : Proton uji Iriz MC2 ditemui lagi, kali ini dalam jarak dekat
KLIK UNTUK BESARKAN
Meriah pelancaran sahaja. Tapi ramai yang kena buang kerja dan kos hidup makin meningkat siapa nak beli? P2 pun dh menjengah harga Honda sekarang macam mana.
Mahathir cakap, harga keta lain kena naik supaya kereta nasional ketiga nampak lebih murah.
Mahathir juga cakap, gaji besar akan menyebabkan inflasi. Jadi kita kena bagi rakyat lebih kuasa beli dengan mengehadkan kenaikan gaji, cukai tinggi dan harga kenderaan mahal.