ARKIB

KATEGORI

Info

INFO : Dah habis bayar pinjaman kenderaan? Ini yang perlu anda buat

Info

Views

Kami kongsikan satu lagi info menarik yang dimuat naik ke laman Facebook, JumpaKatMahkamah.com. Anda dah habis bayar pinjaman sewa beli kenderaan?

Cuba lihat pada bahagian bawah geran kenderaan anda. Nampak tak ada satu ayat yang tertera bahawa hak milik kenderaan tersebut dituntut pihak bank pinjaman anda? Apa yang perlu anda lakukan?

Anda perlu batalkan nama bank pinjaman itu menerusi E-Batal. Apa maksud E-Batal? Maksud E-Batal adalah kenderaan tersebut masih menjadi hak milik bank atau pemberi pinjaman kewangan.

Jadi, kenderaan tersebut masih belum lagi menjadi hak milik anda sepenuhnya. Untuk mendapatkannya, langkah penting adalah dengan menghapuskan status hak milik dari pemiutang kepada hak milik anda secara mutlak.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Urusan menyelesaikan hak milik dari pemberi pinjaman dipanggil E-Batal. Syarat utama untuk E-Batal adalah bayaran pinjaman hendaklah sudah habis dibayar sepenuhnya.

Ini adalah langkah-langkahnya:

  • Setelah selesai membuat pembayaran terakhir, anda akan diberikan geran asal oleh syarikat kereta yang anda berurusan.
  • Pastikan dan dapatkan surat pelepasan dari bank peminjam untuk meneruskan prosedur pembatalan ini. Namun, lebih baik lagi jika surat pelepasan tersebut terus dihantar kepada JPJ. Kerap bertanya kepada bank peminjam sama ada surat pelepasan sudah dikeluarkan dan telah dihantar ke JPJ ataupun tidak. Jika sudah dihantar, terus ke cawangan JPJ berhampiran tempat tinggal anda.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

  • Kemudian, anda perlu hadir ke cawangan JPJ berhampiran untuk mematikan dan/atau membatalkan hak milik bank peminjam itu. Tujuan ini adalah untuk mengeluarkan nama bank peminjam daripada geran asal kenderaan tersebut.
  • Di cawangan JPJ tersebut juga, jangan lupa untuk pastikan terdapatnya cop E-Batal pada geran kenderaan anda mengikut prosedur mereka. Jangan risau, proses mengecop E-Batal bukanlah perkara yang rumit. Selepas geran tersebut telah dicop, barulah kereta tersebut menjadi milik anda sepenuhnya.

Sebenarnya, prosedur selesaikan E-Batal di JPJ sangatlah mudah. Masih ramai yang belum mengetahui perkara yang perlu dilakukan selepas habis bayar pinjaman kenderaan.

Ada juga sehingga bertahun-tahun masih lagi tidak membatalkan lagi hak milik itu jadi, bagi anda yang masih belum batalkan hak milik kereta, segeralah berbuat demikian bagi memudahkan urusan anda di kemudian hari. Semoga info ini memberi manfaat buat semua.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Nadia Izzati

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply