ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell Malaysia lantik Seow Lee Ming sebagai Pengurus Besar Mobiliti Malaysia dan Singapura

Berita Tempatan

Views

Shell Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan Seow Lee Ming sebagai Pengurus Besar Mobiliti Malaysia dan Singapura. Lee Ming yang menyandang tugas tersebut bulan ini, akan memimpin pembangunan dan pertumbuhan strategik Mobiliti di Malaysia dan Singapura.

Lee Ming menyertai Shell pada tahun 2003 dan telah memegang beberapa peranan utama kepemimpinan global dan serantau. Sebagai Pengurus Besar Akaun Utama Global untuk Pengilang Peralatan Asal (OEM) di Asia, beliau memimpin pasukan tersebut untuk memberi perkhidmatan dan mengembangkan kerjasama perniagaan dengan pelanggan Shell.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Lee Ming juga mengetuai hala tuju Shell 2030 sebagai Pengurus Besar Strategi dan Pembangunan Perniagaan untuk China / Hong Kong. Dalam peranan ini, Lee Ming mengetuai pasukan 53 profesional pemasaran yang berjaya mengubah pendekatan media digital dan sosial Shell, membina jenama premium dan mengembangkan aktiviti penglibatan B2C dan B2B.

Selain itu, Lee Ming juga mempelopori pelbagai inisiatif global sebagai Pengurus Jenama Shell Rimula Global. Beliau juga merupakan Pengurus Pemasaran Serantau di Asia Tenggara, dengan fokus mengembangkan perniagaan automotif dan B2B.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Pengarah Urusan Shell Timur Sdn Bhd dan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain berkata, beliau sangat mengalu-alukan pelantikan Lee Ming dan yakin beliau akan terus membangun dan mendorong pertumbuhan mobiliti di Malaysia dan Singapura.

Mobiliti bakal menyumbang ke arah cita-cita Shell untuk menjadi syarikat tenaga pelepasan sifar menjelang 2050 atau lebih awal. Menurut Lee Ming, beliau gembira dapat memberi impak dan memberi nilai penting kepada pertumbuhan syarikat dan industri melalui peranan baharunya.

Lee Ming merupakan pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan kimia dari University of Birmingham dan sarjana dalam kajian pengurusan dari Judge Business School of Cambridge University.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply