Ini berita baik untuk warga Kuantan! Jika ada di kalangan anda yang mengalami situasi kecemasan, kecederaan atau kemalangan di sekitar kawasan Kuantan, pasukan Medibike boleh membantu anda secara PERCUMA dan anda hanya perlu menghubungi mereka di talian 013-5862016. Anda tidak perlu risau kerana ia tiada caj yang tersembunyi.
Sedikit informasi yang kami dapat, Medibike adalah pasukan tindakan awal (first responder) yang akan bertindak sebagai pemberi bantuan awal kepada mangsa kemalangan, kes kecemasan, kecederaan dan sebarang bentuk bantuan tanpa bayaran. Mereka bertindak sebagai salah satu badan amal untuk membantu semua pihak secara percuma.
JOM BACA >> Pengeluaran Ertiga bakal tamat – Hampir capai jumlah yang ditetapkan oleh Suzuki Motor Corporation
Ahli Medibike merupakan mereka yang terlatih dalam memberi bantuan awal dan telah menjalani beberapa kursus antaranya Basic Trauma Care, First Aider (BOFA-C) dan lain-lain. Setakat ini mereka telah membantu beberapa mangsa kemalangan di sekitar Kuantan dan ketika ini memiliki dua buah motosikal yang telah diubah suai mengikut keperluan mereka.
Kami amat memuji inisiatif amal ini dan berharap mereka yang ingin membantu mereka untuk menaja kursus atau menambah baik kelengkapan sedia ada boleh terus menhubungi mereka. Untuk maklumat lanjut, anda boleh like laman Facebook Medibike EMFRT. Syabas kami ucapkan kepada pasukan Medibike! Teruskan usaha murni anda untuk menyelamatkan nyawa.
Jangan lupa hubungi talian ini 013-5862016 untuk mendapatkan bantuan dari mereka!
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC2 berjaya dikesan di dua lokasi berbeza
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Medibike EMFRT.
KOMEN TERKINI