ARKIB

KATEGORI

Ulasan Pandu Uji

MESTI TONTON : Trak pikap paling canggih di Malaysia – Ford Ranger Wildtrak 2.0 turbo diesel ke?

Views
Pikap paling canggih di Malaysia? - Ford Ranger Wildtrak 2.0 turbo diesel

Ford Ranger Wildtrak 2.0 ini adalah trak pikap paling canggih di Malaysia, kalau kita tak kira Ranger Raptor lah. Spesifikasi canggih dari segi keselamatan dan keselesaan kenderaan ini menjadikannya pesaing utama dalam segmen pikap dan juga SUV. Hatta SUV pun banyak yang tiada ciri-ciri seperti Kawalan Jelajah Adaptif, Arahan Suara dan Bantuan Kekal Lorong serta enam beg udara, tetapi Ranger Wildtrak ini ada kesemuanya.

Ditambah pula dengan enjin 2.0 liter diesel biturbo yang menjana 213 kuasa kuda dan 500Nm tork, ia menjadikan trak ini amat bertenaga dan cukup puas pemanduannya. Kotak gear automatik 10-kelajuan pula menjadikannya terasa seperti sebuah kereta sport dan ini boleh membuat kita terlupa yang kita sedang memandu trak pikap, terutamanya di lebuh raya di mana ia rasa seperti kenderaan mewah.

Cuma harganya agak mahal, jadi kami tidak dapat memberinya skala penilaian yang lebih tinggi. Jom tonton video ini untuk mengetahui apa pendapat kami tentang Ford Ranger Wildtrak dengan lebih terperinci.

JOM BACA >> Pengeluaran Ertiga bakal tamat – Hampir capai jumlah yang ditetapkan oleh Suzuki Motor Corporation

Ikuti laman web, Facebook dan YouTube kami untuk maklumat terkini. Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube rasmi kami di Funtasticko TV untuk lebih banyak lagi video-video menarik yang lain! Jom tonton episod yang lepas, “MESTI TONTON : Berbaloi ke bayar lebih untuk Perodua ‘seken’ yang diluluskan?”.

Berbaloi ke bayar lebih untuk Perodua seken yang diluluskan?

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC2 berjaya dikesan di dua lokasi berbeza

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply