ARKIB

KATEGORI

Buletin

Inilah rupa Bentley Flying Spur bila disumpah menjadi trak pikap ‘versi bangsawan’

Berita Global

Views

Sebuah syarikat pengubahsuaian kenderaan dari British, DC Customs telah menghasilkan sebuah Bentley Flying Spur menjadi sebuah trak pikap. Foto-foto model tersebut telah dikongsikan menerusi laman Instagram syarikat berkenaan dan difahamkan kerja-kerja mengubahsuai ‘kereta bangsawan’ itu telah bermula sejak Januari 2020.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Bagi merealisasikan model unik ini, DC Customs telah mengerat terus bumbung bahagian belakang Flying Spur dan memulakan proses ‘menukarkannya’ menjadi trak pikap. Batang penyerap hentaknya telah direndahkan sebanyak 2 inci, bagi membolehkan kerja-kerja pembuatan ‘bed‘ trak pikap tersebut.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Selain itu, trak pikap itu turut dipasang dengan kit badan unik yang merangkumi bampar depan dan salur masuk udara yang direka semula bagi menjadikannya lebih garang. Badan kereta itu juga diberikan warna baharu yang menggabungkan warna ungu dan perak.

Bed trak pikap Flying Spur itu turut dilapis dengan kayu dan menawarkan ruang simpanan kecil di bahagian sisi. Sebagai sebuah pikap, ia tidak begitu praktikal dan ia turut diberikan lencana dengan nama ‘Decadence.’ DC Customs berkata, trak pikap itu bukanlah dibina untuk dijadikan bahan pameran dan akan digunakan sebagai kenderaan harian oleh si pemiliknya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit dccustoms_uk

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply