ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan Proton meningkat pada bulan Februari – X70 terima lebih 20,000 tempahan

Berita Tempatan

Views

Proton terus mengorak langkah permulaan yang cemerlang bagi 2019 dan telah berjaya mendaftarkan sebanyak 5,283 unit pada bulan Februari 2019. Anggaran pegangan pasaran pula adalah sebanyak 12.7 peratus, naik sebanyak 3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Walaupun Februari merupakan bulan yang pendek dan tempoh penjualan kereta di Malaysia pada bulan ini adalah singkat disebabkan cuti perayaan Tahun Baru Cina, Proton telah mencatat peningkatan jualan sebanyak 37 peratus dan untuk dua bulan pertama tahun ini jualannya telah meningkat sebanyak 42 peratus berbanding 2018. Ini sekaligus mengukuhkan kedudukan sebagai jenama automotif ketiga pilihan rakyat Malaysia dan melihat peluang untuk naik ke tempat kedua menjelang akhir tahun ini.

Proton X70 mengekalkan kedudukan sebagai SUV terlaris di Malaysia dan sebanyak 2,823 unit telah didaftarkan pada Februari termasuklah 1,000 unit yang telah diserahkan secara serentak kepada pelanggan di seluruh negara sebelum Tahun Baru Cina.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift varian Standard?

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata Proton amat menghargai sokongan yang diberikan oleh para pembeli dan sedang berusaha keras untuk mendaftarkan seberapa banyak yang unit yang mungkin dan menyerahkannya kepada pelanggan dengan segera.

Proton turut mencatatkan rekod baharu bagi pendaftaran model tersebut dalam tempoh tiga bulan pertama selepas pelancarannya dan telah menyerahkan sebanyak 6,927 unit X70. Sasaran mereka seterusnya adalah untuk memenuhi jumlah pendaftaran enam bulan dan sepanjang tahun.

Selain itu, model naik taraf Iriz 2019 telah diperlihatkan kepada media baru-baru ini dan jualan kilat turut dilancarkan di mana tempahan boleh dibuat dengan hanya RM9.99. Jerayawara pertamanya juga telah diadakan pada minggu pertama bulan ini di cawangan Proton Edar Chan Sow Lin.

Iriz 2019 adalah model Proton pertama yang menerima banyak penambahbaikan sejak kerjasama dengan Geely diumumkan. Bersama dengan Persona 2019, kedua-dua model ini akan memperkenalkan unit infohiburan pintar, sekaligus membawa sebuah kereta dengan sambungan internet di dalamnya kepada lebih ramai pengguna.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton Exora RC (Running Change) tertiris – Bakal ada ciri “Hai Proton!”?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply