Kami baharu sahaja menerima beberapa keping foto trak pikap Ford Ranger berwajah baharu menerusi pesanan peribadi di Facebook sebentar tadi. Foto-foto ini sempat dirakam oleh penyumbang foto intipan terbanyak setakat ini, Amir Zaheen Minhaj di Seksyen 13, Shah Alam. Mungkin ini adalah stok-stok tersedia yang disimpan dan akan diagihkan ke pengedar-pengedar sah Ford sebelum pelancaran rasminya yang dijangka pada hujung bulan nanti.
Sime Darby Auto Connexion (SDAC), akan menawarkan beberapa varian Ford Ranger 2018 termasuklah Ranger XL, XLT, Wildtrak dan yang paling ditunggu-tunggu, Ranger Raptor. Buat pertama kalinya, SDAC juga akan memperkenalkan varian Ranger XLT+ ke pasaran Malaysia. Dengan DNA ‘Built Ford Tough’ dan rangkaian varian baharu, Ford Ranger pastinya mampu memenuhi keperluan dan gaya hidup setiap pelanggan.
Kami rasa ramai yang tak sabar nak melihat Ranger Raptor secara dekat bila ia dilancarkan nanti, betul tak? Tunggu!
JOM BACA >> Sultan Johor pandu uji Proton X70
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI